You need to login before answering these questions


SPM Sejarah K1 2015

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1c31200188e90ff36bf29f05c53e034b.png


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015
SEJARAH
Kertas 1
Nov. / Dis.

1 jam



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
  4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

1

Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?

2

Masyarakat dalam Tamadun Indus (2000 Sebelum Masihi) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia.

Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh

I    amalan sikap terbuka
II   pertembungan dengan budaya lain
III  perluasan wilayah pemerintahan
IV   kejayaan kegiatan penjelajahan

3

Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.

Mengapakah bidang tersebut penting?

4

Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?

5

Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.

  • Dewa raja
  • Order kosmos

Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja?

6

Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah.

c368dbf2c7e47e2b02a908e45c753639.png

Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?

7

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.

68beb2061e8c70bdffbdf00370df94ac.png

Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW?

8

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

9

Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut?

  • Menyediakan tempat tinggal
  • Menjanjikan keselamatan
  • Kesediaan mempertahankan Islam
10

Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

fced1c38a83d1960558872d5a2398e8f.png

Apakah X?

11

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

12

Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan?

13

Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.

931a3c24ae40bbfb5eb963e849ba8e13.png

Apakah X?

14

Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut?

  • John Crawford
  • Snouck Hurgronje
  • Emanuel Gadinho Eredia
15

Rajah 3 menunjukkan perubahan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu.

304d35a5782aa83776a55d2ebaf56698.png

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

16

Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu sebelum penjajah Barat?

  • Tuk Pulai Chondong
  • Tok Ku Paloh
17

Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian.

Akta tersebut menyebabkan

18

Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16.

852fa0956b48c39bad6a681c4d339c6c.png

Mengapakah Martin Luther menentang amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?

19

Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

20

Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.

183ec1490a84e0eb509ba2477b6e7efe.png

Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan?

21

Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam.

d557f96c1949a832b7759ecbb6285738.png

Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik?

22

Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.

f277ac0f843ede76825792ea4d647433.png

Apakah keistimewaan wilayah tersebut?

23

Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?

24

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

  • Syeikh Muhammad Abduh
  • Sayyid Jamaluddin al-Afghani

Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh?

25

Apakah tindakan J.W.W. Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

26

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?

I    Desakan kumpulan radikal
II   Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III  Semangat toleransi menjadi amalan
IV   Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

27

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.

Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut?

28

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

29

Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.

  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Angkatan Pemuda Insaf (API)
  • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demikian?

30

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.

Dari Bentan ke Kuala Sedili

        Singgah berjaja di Batu Pahat

Syarat kerakyatan secara jus soli

        Kuasa raja turut tergugat

Apakah tindakan orang Melayu?

31

Gambar 3 berkaitan dengan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956.

bd7ad8087b14a92705848c5d8604c748.png

Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

32

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

33

Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.

5af3fd8c389c54a9046fb103d78aa8df.png

Apakah X?

34

Mengapakah parti politik berikut menentang penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal?

  • Sarawak Chinese Association
  • Parti Pesaka Anak Sarawak
35

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus?

36

Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia.


TarikhPeristiwa
16 Januari 2007Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang.

Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan?

37

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965. Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan?

38

Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.

Apakah matlamat dasar tersebut?

I    Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
II   Mengurangkan beban kewangan kerajaan
III  Meningkatkan kemajuaan ekonomi
IV   Memperhebat pembukaan tanah

39

Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut.

  • Britain
  • Australia
  • New Zealand

Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?

40

Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.

2b4f69279dbee82f2143ba7a929d80d0.png

Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer