You need to login before answering these questions


SPM Sejarah K2 2015

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1c31200188e90ff36bf29f05c53e034b.png


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015
SEJARAH
Kertas 2
Nov. / Dis.
2½ jam




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda pada petak yang disediakan.
  2. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
  3. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan tiga soalan daripada Bahagian B.
  4. Jawapan bagi Bahagian A hendaklah ditulis pada ruang yang disediakan dalam kertas soalan.
  5. Jawapan bagi Bahagian B hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang dibekalkan oleh Pengawas Peperiksaan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada Pengawas Peperiksaan.
  6. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini. Ikat buku jawapan bersama-sama kertas soalan ini dan serahkan kepada Pengawas Peperiksaan pada akhir peperiksaan.
  7. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam kurungan.

83dce42f04e18e90c5a8976f30398ceb.png


Bahagian A

[40 markah]
Jawab semua soalan.


1

Soalan 1 berdasarkan Peta 1.

bd4802d1e675361fcf225ad736fd4c5c.png

(a) Namakan kerajaan agraria yang bertanda:

    X ________________
    Y ________________

[2 markah]


(b) Nyatakan dua kegiatan ekonomi kerajaan tersebut.

    (i) _______________________________________
    (ii) _______________________________________

[2 markah]


(c) Apakah faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi kerajaan tersebut?
    Berikan penjelasan anda.

    ___________________________________________
    ___________________________________________
    ___________________________________________

[3 markah]


(d) Jelaskan sumbangan kerajaan agraria kepada tamadun awal di Asia Tenggara.

    ___________________________________________

    ___________________________________________

    ___________________________________________

[3 markah]

2

Peta 2 menunjukkan arah pelayaran Ferdinand Magellan dan anak kapalnya pada abad ke-16.

79269c004313473523affc0dc664ac95.png

(a) Apakah matlamat Ferdinand Magellan belayar mengelilingi dunia?

    (i) ______________________________________
    (ii) ______________________________________

[2 markah]


(b) Jelaskan faktor kejayaan pelayaran tersebut.

    _________________________________________________
    _________________________________________________

[2 markah]


(c) Mengapakah pelayaran itu penting kepada Sepanyol?
    Berikan alasan anda.

    _________________________________________________
    _________________________________________________
    _________________________________________________

[3 markah]


(d) Adakah pelayaran tersebut menjejaskan masyarakat di luar Eropah?
    Kemukakan alasan anda.

    _________________________________________________
    _________________________________________________
    _________________________________________________

[3 markah]

3

Pakatan murni telah terbentuk sejak sebelum pembentukan Parti Perikatan.

(a) Jelaskan maksud pakatan murni.

    _________________________________
    _________________________________

[2 markah]


(b) Terangkan usaha yang telah dibuat untuk menjayakan pakatan murni sebelum merdeka.

    __________________________________
    __________________________________

[2 markah]


(c) Huraikan faktor kejayaan pakatan murni sebelum merdeka.

    __________________________________
    __________________________________
    __________________________________

[3 markah]


(d) Mengapakah pakatan murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat?

    ___________________________________
    ___________________________________
    ___________________________________

[3 markah]

4

Perlembagaan merupakan satu daripada ciri penting dalam sistem pemerintahan demokrasi berpalimen di Malaysia.

(a) Apakah maksud Perlembagaan?

    (i) _______________________________
    (ii) _______________________________

[2 markah]


(b) Berikan dua contoh peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

    _________________________________
    _________________________________

[2 markah]


(c) Keluhuran Perlembagaan adalah prinsip ketiga rukun negara.
    Huraikan prinsip tersebut.

    __________________________________
    __________________________________
    __________________________________

[3 markah]


(d) Mengapakah Perlembagaan penting kepada negara?

    ___________________________________
    ___________________________________
    ___________________________________

[3 markah]

Bahagian B

[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja daripada bahagian ini.


5

Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa empayar seperti Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan Han di China dan empayar Rom di Eropah.

Sumber : Farmer, "Comparative History of Civilisations".


(a) Bagaimanakah perluasan kuasa dilakukan oleh tamadun tersebut?

[6 markah]


(b) Kawasan berlorek dalam Peta 3 adalah wilayah empayar Yunani semasa pemerintahan Alexander the Great.

67c8124bf6632aeca66a3f24a4a6700f.png

Mengapakah kawasan tersebut menjadi sasaran perluasan kuasa Yunani?

Gunakan maklumat daripada peta dan pengetahuan anda.

[8 markah]


(c) Adakah perluasan kuasa masih berlaku pada abad ke-21 ini?

    Berikan pendapat dan hujah anda.

[6 markah]

6

Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting dalam perjuangan Nabi Muhammad SAW dan perkembangan Islam.


(a) Jelaskan konsep hijrah.

[4 markah]


(b) Mengapakah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam berhijrah?

[6 markah]


(c) (i) Hijrah menjadi titik tolak kepada pembentukan negara Islam Madinah. Jelaskan pernyataan tersebut.

[6 markah]


    (ii) Berikut adalah lirik lagu nasyid sempena majlis sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

Hijrah itu pengorbanan

Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan

Hijrah membentuk perpaduan

Ulaskan maksud lirik lagu tersebut.

[4 markah]

7

Jadual berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


TeoriTokoh
Islam dari Semenanjung Tanah ArabJohn Crawford dan Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas
Islam dari ChinaEmanuel Gadinho Eredia dan S.Q. Fatimi
Islam dari IndiaSnouck Hurgronje


(a) Berdasarkan jadual tersebut dan pengetahuan anda, jelaskan tentang teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

[8 markah]


(b) Teori manakah yang paling tepat dalam menghuraikan kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

Beri hujah anda.

[6 markah]


(c) Sejauh manakah perubahan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam?

[6 markah]

8

(a) Terangkan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat Melayu pada zaman penjajah.

[6 markah]


(b) Mengapakah British mengabaikan ekonomi tradisional?

[6 markah]


(c) (i) Jelaskan ciri-ciri ekonomi dagangan.

[4 markah]


    (ii) Mengapakah British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan?

[4 markah]

9

Akhbar berikut mula diterbitkan pada tahun 1930an.

  • Warta Malaya
  • Utusan Melayu
  • Fajar Sarawak
  • Lembaga Malaya
  • Warta Negara

(a) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut pada ketika itu?

    Beri penjelasan anda?

[4 markah]


(b) Bagaimanakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu?

[6 markah]


(c) Akhbar berikut berada di pasaran masa kini.

  • Utusan Malaysia
  • Berita Harian
  • Kosmo
  • Metro

(i) Apakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut?

    Beri penjelasan anda.

[4 markah]


(ii) Beri cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat.

[6 markah]

10

Sumber 1 dan 2 berkaitan dengan sistem pendidikan di Malaysia.

9cf5665d11ff79ff30de9fda6559f711.png

03b216f5573715efb7aee6e9c4b1c182.png


(a) Berdasarkan Sumber 1, jelaskan tentang sistem pendidikan di negara kita sebelum merdeka.

[8 markah]


(b) Mengapakah sistem pendidikan dalam Sumber 1 wujud pada zaman penjajah?

[6 markah]


(c) Teliti Sumber 2

    Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020?

[6 markah]

11

Perang Dunia Kedua berlaku dari tahun 1939-1945.


(a) Mengapakah peperangan tersebut berlaku?

[6 markah]


(b) Jelaskan kesan perang tersebut terhadap keamanan dunia.

[8 markah]


(c) Gambar berikut menunjukkan senjata canggih yang digunakan dalam peperangan pada abad ini.

cb1a6354e986dfbacfeb82e17c46adc9.png

Berdasarkan perkembangan teknologi persenjataan masa kini, ramalkan masa depan dunia.

[6 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer