You need to login before answering these questions


Koleksi Tatabahasa 100 soalan (Set A)


1

Para pelancong haruslah mematuhi __________ berpakaian ketika melawat ke Masjid Putrajaya.

2

Amalan saling menghormati harus dipupuk dalam kalangan kanak-kanak bagi __________ perpaduan.

3

Kerajaan akan __________ kempen keselamatan jalan raya pada musim perayaan.

4

Pekerja kilang itu akan __________ mogok lapar.

5

Ketika menyusuri pinggir hutan itu, kami dapat mendengar dengan jelas bunyi __________ yang nyaring.

6

Encik Ahmad telah membayar wang __________ untuk membeli sebuah rumah.

7

Tangisan anak kecil itu benar-benar __________ hati kami.

8

Pertandingan sayembara puisi di dewan itu __________ hingga pukul 12.00 tengah malam.

9

Ahmad __________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.

10

Abang kedua Ahmad bekerja sebagai __________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.

11

Suasana __________ di kota semakin reda menjelang tengah malam.

12

Flora dan fauna kian __________ akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.

13

Akibat __________ wang pada hujung bulan, Ali terpaksa meminjam wang daripada Abu.

14

Pelbagai golongan __________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.

15

Siti mengoyakkan se__________ kain putih untuk membalut luka pada jari adiknya.

16

Mangsa bot karam itu sempat berpaut pada se__________ papan.

17

Orang tua itu mengunyah se__________ pinang dan se__________ daun sirih.

18

Puan Aminah memiliki tiga __________ rumah kedai.

19

Encik Ahmad menyusun beberapa __________ tomato sebagai hiasan pada hidangan itu.

20

Pihak majlis perbandaran akan menangkap binatang ternakan yang __________ sekiranya menerima aduan daripada orang ramai.

21

Melly merupakan __________ yang sering memperagakan pakaian-pakaian ciptaan pereka fesyen terkenal, Ahmad Ali.

22

__________ sukan sedang membuat litupan perlawanan bola sepak secara langsung dari Stadium Nasional, Bukit Jalil.

23

Sebelum ekspedisi itu bermula, semua peserta diberi __________ tentang pentingnya mematuhi peraturan di hutan.

24

__________ majlis penyampaian hadiah pelajar cemerlang itu melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.

25

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah menyeru para __________ supaya menghasilkan skrip filem yang bermutu untuk meningkatkan industri filem Malaysia.

26

Air longkang di depan rumah saya mengalir dengan __________ setiap kali selepas hujan lebat.

27

Golongan __________ dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat kerana darjatnya.

28

Aliran air tersekat-sekat apabila melalui kawasan __________ itu.

29

Para __________ perlulah menyumbangkan idea dan kepakaran kepada pelbagai pihak dalam usaha memajukan negara ini.

30

"__________ perlu membantu mereka yang menghadapi kesusahan, "nasihat cikgu Ahmad kepada pelajar-pelajarnya.

31

Kerana kerajinannya, maka __________ mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun lalu.

32

"__________ akan melawat ke Pusat Karyaneka pada pagi esok sebagai lanjutan daripada pelajaran hari ini," kata Cikgu Ahmad kepada pelajar-pelajar kelasnya.

33

Aminah membuang isi perut ikan itu hingga bersih lalu mencucinya dengan __________.

34

Tuan Haji Ahmad mengarahkan pekerjanya memusnahkan lalang yang semakin tebal di ladang kelapa sawitnya dengan menggunakan __________.

35

Kejadian pembunuhan di kawasan Taman Dahlia itu masih menjadi __________ kepada penduduk setempat.

36

Sudah hampir satu jam setengah saya menunggu Siti, namun __________nya pun masih belum nampak.

37

Abang terpaksa __________ basikal kerana tayar basikalnya bocor.

38

Ibu bapa hendaklah mengambil berat __________ anak-anak mereka baik dari segi tingkah laku mahupun pergaulan.

39

Fikiran Ahmad masih __________ sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.

40

Ubi yang direbus oleh Siti masih belum __________ kerana apinya terlalu perlahan.

41

Kami menerima __________ makan malam daripada Datin Aminah kerana meraikan kepulangan anak perempuannya dari luar negara.

42

Banyak orang menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku ketika ini berpunca __________ kerakusan manusia memanipulasi sumber alam.

43

Selepas banjir surut, bangkai binatang ternakan __________ di merata-rata tempat.

44

Mereka duduk menonton televisyen di atas sofa yang __________ sambil berbual-bual dengan ahli keluarga.

45

Nazli membawa hatinya yang __________ dengan merantau ke luar negara setelah anaknya Abu melupakannya.

46

Kenderaan yang rosak di lebuh raya itu telah __________ oleh kereta peronda lebuh raya.

47

Pembinaan kilang di kampung itu secara tidak langsung __________ peluang pekerjaan kepada para belia.

48

Polis berjaya __________ demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu.

49

Sejak emak disahkan menghidap penyakit kanser, Siti senantiasa __________ dengan emaknya.

50

Berita kejayaan murid cemerlang itu __________ di dada akhbar setelah keputusan peperiksaan diumumkan.

51

Barang-barang kemas di kedai itu diperbuat daripada emas __________ namun ditawarkan dengan harga yang __________.

52

Amirul dipilih untuk __________ sekolahnya dalam pertandingan pidato __________ Dewan Bahasa dan Pustaka.

53

Kerja-kerja __________ bangunan bersejarah itu dijalankan oleh Syarikat Teguh Sdn. Bhd.

54

Pekerja-pekerja itu hilang mata __________ setelah kilang tempat mereka bekerja hangus terbakar semalam.

55

Nek Jah terpaksa menjalani __________ mata di hospital dua kali sebulan selama enam bulan.

56

__________ beliau tentang sistem ejaan Bahasa Melayu amat luas walaupun beliau orang asing.

57

Bunyi __________ saksafon itu sungguh mempesonakan para penonton yang ada di dewan itu.

58

Kelarai ialah seni __________ yang terkenal dalam kalangan orang Melayu.

59

"__________ segala kerja yang saya beri sebelum kamu semua pulang," kata Cikgu Ahmad kepada murid-murid kelas itu.

60

"Bolehkah saudara __________ kepada saya rumah Mak Cik Siti bidan?" tanya Ahmad kepada pemuda itu.

61

Askar-askar itu sentiasa bersedia dan akan mengikut segala __________ ketua mereka.

62
__________ drama itu naik geram dengan sikap pelakon-pelakon baharu yang kurang berdisiplin.
63

Kami tidak terkejut __________ berita pasukan Malaysia menang kerana sudah menjangkanya dari awal.

64

Siti __________ kerana terkejut apabila Marlia menyergahnya ketika dia sedang asyik membaca buku cerita seram.

65

Penduduk Kampung Maju Jaya bergilir-gilir __________ kawasan kampung mereka pada setiap malam untuk mencegah kejadian jenayah.

66

"Cuba __________ jiwa mereka dahulu sebelum awak mengambil sebarang tindakan," kata guru besar kepada Cikgu Ahmad.

67

Hujan yang __________ telah mengaburi pandanganku ketika memandu kereta.

68

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Johor berbangga dengan __________ sekolah itu dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

69

Pendatang tanpa izin itu lari __________ untuk melepaskan diri apabila diserbu oleh pihak imigresen.

70

Pihak peguam bela sedang __________ saksi pendakwa dalam perbicaraan kes bunuh itu.

71

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberikan bantuan __________ para pelajar yang kurang berkemampuan dan cemerlang dalam bidang akademik.

72

Bantuan makanan itu __________ dapat meringankan beban mangsa gempa bumi itu.

73

Mak Siti terlalu __________ memancing ikan sehingga tidak menyedari hari sudah senja.

74

Penduduk Kampung Sepakat bekerjasama membaiki rumah Tok Ali yang __________ itu.

75

Seluruh dunia __________ oleh kerajinan serta ketekunan penduduk negara Jepun membangunkan negara mereka.

76

Hasil daripada __________ yang diterima daripada orang ramai menunjukkan bahawa kenaikan harga barang amat membebankan pengguna.

77

Filem arahan sutradara terkenal itu __________ persoalan tentang kepentingan memelihara khazanak alam.

78

Sebagai pendidik, kita seharusnya memberikan sokongan untuk memelihara __________ Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan di negara kita.

79

Mereka __________ cerita yang didengar daripada orang lain sehingga cerita itu menjadi lebih panjang.

80

Kain songket bercorak awan larat itu, __________ dengan begitu teliti agar menghasilkan hasil seni yang begitu kemas, indah dan menarik.

81

Pengetua menyampaikan __________ kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan supaya tidak menghampakan harapan sekolah.

82

Siti tetap bersabar __________ pelbagai cemuhan dilemparkan oleh penduduk kampung terhadapnya.

83

Tugas sebagai penyelam memerlukan kudrat dan __________ yang tinggi, terutamanya ketika berada di dasar laut atau sungai.

84

__________ berita yang terkini dan menarik telah menyebabkan TV4 terus mendapat sambutan penonton.

85

Ahmad datang ke sekolah dengan __________ sahaja kerana sambutan hari guru diadakan di sekolahnya pada hari itu.

86

Encik Ahmad __________ dengan pangilan Pak Su dalam kalangan anak buahnya.

87

Masih terdapat __________ murid yang belum menjelaskan bayaran menyertai lawatan sambil belajar.

88

Penyamun yang telah __________ perut tauke kedai perabot itu telah berjaya diberkas oleh polis dan kini ditahan dalam lokap.

89

Mangsa kemalangan itu __________ di dalam keretanya sebelum diselamatkan oleh anggota bomba.

90

Pemuda itu masih lagi __________ walaupun terbukti dialah yang melakukannya.

91

Hari kemerdekaan disambut __________ di seluruh negara dengan pelbagai acara yang menarik.

92

Wanita itu baik orangnya __________ dia tidak pernah menyakiti hati orang lain.

93

Di warung Pak Ahmad, ibunya __________ kuihnya untuk dijual.

94

Perdana Menteri Malaysia __________ delegasi Malaysia ke persidangan negara-negara ASEAN di Pulau Langkawi.

95

Semasa cuti sekolah, Siti menolong ibunya __________ kain batik di kilang batik di hadapan rumahnya.

96

Syarikat Telekom Malaysia telah __________ Peraduan Khidmat Pesanan Ringkas sempena "Anugerah Juara Lagu".

97

Emak sedang __________ tepung untuk membuat kuih bersama kakak.

98

Stadium Putra Bukit Jalil telah __________ ribuan peminat badminton.

99

Murid-murid disarankan supaya __________ masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.

100

Pak Ahmad __________ pokok pisang sementara menunggu pokok getahnya boleh __________.

Suggest answer