You need to login before answering these questions


SPM SEJARAH K1 2014

1c31200188e90ff36bf29f05c53e034b.png

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTRIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

SEJARAH

Kertas 1

Nov. / Dis.

1 jam




JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
  4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.





1

Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han.

Bagaimanakah anda dapat mengubah status social anda?

2

Mohenjo Daro-Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia.

Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?

3

Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan tamadun.

f3476ddab33e0128074c230ffbc5aba0.png

Apakah sumbangan mereka?

4

Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani.

Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?

5

Peta 1 menunjukkan kerajaan maritim di Asia Tenggara.

5d59b230aa19e23e8c87b01db8dd0dc6.png

Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?

6

Rajah 1 berkaitan dengan perubahan yang berlaku kepada kerajaan Funan.

d0cdf2a5ce586fecb6a0a46c1f2be411.png

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

7

Tokoh berikut telah membantu mengukuhkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

69b6d655f48bec5562f39570520210b8.png

Apakah bantuan yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut?

8

Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah.

1043df6e2ae640bb8aabf0affd5bffd6.png

Apakah kesan peristiwa tersebut?

9

Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?

10

Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?

11

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14.

2da77cbdd0c6d103c6627f2b2be36873.png

Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?

12

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?

I. Memerangi golongan al-Riddah

II. Memperkenalkan pelbagai cukai

III. Menubuhkan Jabatan Kehakiman

IV. Menyelesaikan perpecahan umat Islam

13

Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.

65ea6c761539ed6eeb20cd37ae9ac66d.png

Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

14

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao?

15

Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.

09dca29395fb0e2aaa2218ca44e6693a.png

Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?

16

Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-16?

17

Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap?

18

Rajah 2 menunjukkan perubahan sumber tenaga kepada Tenaga X di Eropah pada abad ke-18.

98f06675677da96063684a7948b254e6.png

Apakah Tenaga X?

19

Pada tahun 1920, British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu.

Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut?

20

Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.

ba050249631efe9ded9682971b93a730.png

Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19?

21

British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu.

Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?

22

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.

Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

23

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

24

Rajah 3 berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.

55dfae53a7813eac5945ce97e9cfe624.png

Mengapakah mereka menentang British?

25

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.

0bed4653649eed899d42ac6d3efcb069.png

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

26

Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866?

27

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

28

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.

32139f4c1cefba12c9385d3dfabe150d.png

Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

29

Rajah 4 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948.

9c78b8649fa108bb89b8ac15e898558f.png

Apakah tugas Menteri Besar?

30

Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar.

047129f481a0b003e37841b4f6c3bf42.png

Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

31

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

77c5d2ffa663bb6c8acf722d8393a243.png

Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

32

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

33

Mengapakah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bimbang penyertaan Sarawak dalam Malaysia?

34

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan pengaruh golongan radikal di Singapura.

b15899468fc35669c577fc9c52d480ec.png

Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut?

35

Pernyataan berikut berkaitan dengan perkara 153 dalam Perlembagan Malaysia.

96c2cb1425e7cc22909940b2da921673.png

Apakah hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut?

36

Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman.

Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

37

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ.

Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

38

Jadual 3 menerangkan matlamat rancangan pembangunan ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1970-an.

0024130cef29a91375b51e5e66dfb3dd.png

Apakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?

I. Memulakan industri berat

II. Memajukan sektor pelancongan

III. Menambahkan peluang pekerjaan

IV. Meningkatkan pendapatan rakyat

39

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.

492ca8af5e2a6a17093f74e0a1858dfe.png

Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?

I. Ekonomi maju

II. Keselamatan terjamin

III. Identiti bangsa mantap

IV. Kawasan perairan terkawal

40

Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.

d50383cb6a24ada5e0517ff59dcf0cb7.png

Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer