You need to login before answering these questions


Prinsip Perakaunan (Koleksi Soalan Percubaan SPM 2015 | Bhgn 2)

PRINSIP PERAKAUNAN SPM

(Bahagian 1)

Kertas ini terbahagi kepada 2 bahagian

Kertas ini merupakan bahagian 2


LATIHAN TOPIKAL

Kertas 1


Tingkatan 4 & 5


Koleksi Soalan Percubaan SMP 2015

  • Kedah
  • Negeri Sembilan
  • Pulau Pinang
  • Terengganu
  • MRSM
  • SBP
  • BPTV


NAMA: ____________________

KELAS: ___________________


Soalan-soalan Percubaan SPM ini disusun oleh Cikgu Mhd Mamdee Azlan

E-book ini dikongsikan di laman Rtest dengan keizinan daripada Cikgu Azlan



Sumbangan daripada: Cikgu Mhd Hamdee Azlan


BAB 8 – PERAKAUNAN UNTUK TUNAI


8.1

Apakah tujuan penyediaan Belanjawan Tunai?

I    Menganalisis prestasi perniagaan

II   Menentukan untung atau rugi sesuatu perniagaan

III  Menganggarkan perbelanjaan dan pendapatan tunai

IV   Mengawal pengaliran wang tunai dalam perniagaan

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

8.2

Butiran manakah yang betul mengenai pernyataan di bawah?

Cek yang dibayar oleh firma tetapi belum direkodkan dalam penyata bank

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

8.3

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Cempaka Berhad pada 30 Mac 2015.

e4ece54e754ef17078e4a5824dde148e.png

Berapakah baki akhir Penyata Bank?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

8.4

Maklumat berikut diperoleh daripada Pusat Kecantikan Beauty & Spa.

ButirAprilMeiJun
Anggaran belianRM13 000RM16 700RM11 900

Berdasarkan pengalaman yang Ialu, 20% daripada nilai belian akan dibayar secara tunai dan bakinya akan dibayar pada bulan berikutnya.

Berapakah anggaran tunai yang dibayar pada bulan Jun?

[MRSM 2015]

8.5

Maklumat berikut diperoleh daripada belanjawan tunai Perniagaan Aiman bagi empat bulan berakhir 31 Mac 2015.

BulanBelian (RM)
Disember15 000
Januari20 000
Februari35 000
Mac40 000

Maklumat tambahan:

i) 20% daripada belian adalah secara tunai.

ii) Perniagaan menerima tempoh kredit 2 bulan.

Kira bayaran kepada pemiutang bagi bulan Mac.

[Kedah 2015]

8.6

Petikan berikut diambil daripada Buku Tunai Syarikat Afiq Sdn. Bhd.

eea62d08bebf10be7fb52919cc269a76.png

Maklumat tambahan:

Cek yang diterima pada 5 Januari 2015 dipulangkan oleh bank dengan tanda "Rujuk penyuruh bayar".

Bagaimanakah kesilapan di atas dibetulkan dalam Buku Tunai terselaras?

[Kedah 2015]

8.7

Butiran X telah dicatat di sebelah debit Penyata Bank tetapi belum direkodkan di Buku Tunai. Apakah butiran X?

[Kedah 2015]

8.8

En. Adlan mendapati cek yang diterima daripada pelanggannya telah dikembalikan oleh pihak bank atas sebab-sebab tertentu.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Cek Tak Layan?

I    Cek terlalu kotor

II   Tempoh laku cek belum tamat

III  Jumlah dalam perkataan tidak sama dengan jumlah dalam angka

IV   Tandatangan pada cek sama dengan tandatangan pada kad contoh bank

[MRSM 2015]

8.9

Antara berikut, butiran manakah dicatatkan dalam Buku Tunai yang dikemaskini?

I    Caj bank

II   Cek tak layan

III  Cek belum dikemukakan

IV   Deposit belum dikreditkan

[Negeri Sembilan 2015]

8.10

Jadual di bawah menunjukkan ringkasan dari belanjawan tunai Kedai Meng bagi bulan Oktober 2015.

b6721f64ab98d4ef3c1b64ce8d3ffd31.png

Yang manakah benar bagi maklumat di atas?

I    Lebihan RM9 500

II   Lebihan RM15 000

III  Baki akhir RM9 500

IV   Baki akhir RM18 000

[Negeri Sembilan 2015 ]

8.11

Apakah butir yang didebitkan dalam Penyata Bank tetapi belum dikreditkan dalam

Buku Tunai?

[Pulau Pinang 2015 ]

8.12

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Mawarni Enterprise:

121411d85bce3c81b118149c594d0471.png

Maklumat tambahan:

Jurnal belian telah tersalah catat dalam Buku Tunai.

Apakah catatan yang perlu dibuat untuk mengemaskini Buku Tunai?

[Pulau Pinang 2015]

8.13

Apakah yang menyebabkan baki akhir di Buku Tunai berbeza dengan baki di Penyata Bank?

[SBP 2015]

8.14

Maklumat berikut telah diperoleh daripada Murni Cutelicious.

520695ba9281199f24ed7810d7875712.png

Berapakah baki akhir Penyata Bank?

[SBP 2015]

8.15

Maklumat berikut diperoleh daripada Galeri Suria:

Puan Suria ingin menyediakan Penyata Belanjawan Tunai untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2015. 50% daripada jumlah jualan adalah jualan kredit dan tempoh kredit ialah sebulan. Jualan dianggarkan berjumlah RM20 000 pada bulan Oktober dan meningkat 10% pada bulan berikutnya.

Berapakah anggaran penerimaan tunai pada bulan November 2015?

[Terengganu 2015 ]

8.16

Apakah yang menyebabkan baki akhir Buku Tunai berbeza dengan baki akhir Penyata Bank?

[Terengganu 2015]

8.17

Petikan Buku Tunai dan Penyata Bank Permai Jaya Enterprise untuk bulan Januari 2015 adalah seperti berikut:

b330c633762ea557d25c87803712e8d2.png

Jumlah promosi telah tersalah catat dalam Buku Tunai.

Apakah catatan yang perlu dilakukan untuk mengemaskini Buku Tunai?

[Terengganu 2015]

8.18

Butir manakah yang diambil kira dalam penyediaan Penyata Belanjawan Tunai?

I    Pinjaman bank

II   Hutang lapuk

III  Kutipan daripada penghutang

IV   Susut nilai mesin

[Terengganu 2015 ]

8.19

Antara berikut butiran yang manakah diambil kira dalam penyediaan belanjawan tunai?

I    Peruntukan hutang ragu

II   Susut nilai perabot

III  Pinjaman bank

IV   Kadar bayaran

[SBP 2015]

BAB 9 – PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN


9.1

Gaji seseorang pekerja akan dikenakan beberapa potongan terdiri daripada potongan wajib dan potongan sukarela. Antara berikut, manakah potongan wajib bagi penjawat awam?

[Terengganu 2015 ]

9.2

Puan Rozita menerima gaji kasar RM2 500, elaun perumahan RM500 dan elaun lebih masa RM200 bagi bulan Julai. Kadar caruman KWSP bahagian pekerja ialah 11% dan bahagian majikan ialah 12%.

Hitungkan caruman Puan Rozita untuk bulan tersebut.

[Negeri Sembilan 2015]

9.3

Item manakah yang termasuk dalam pengiraan gaji kasar?

[Pulau Pinang 2015]

9.4

Berikut adalah butiran sumber dan potongan gaji Puan Hasnah Jay, seorang kerani di Syarikat Cendol Bakar bagi bulan Februari 2015.


RM
Gaji pokok2 100
Elaun kerja lebih masa200
Caruman PERKESO80
Potongan Cukai Berjadual120
Skim insurans10
Caruman KWSP11%

Berapakah gaji bersih Puan Hasnah Jay?

[MRSM 2015 ]

9.5

Antara berikut, yang manakah merupakan potongan wajib bagi pekerja swasta?

[Kedah 2015]

9.6

Kenapakah kawalan dalam penggajian penting bagi sesebuah organisasi?

I    Merancang jadual masa bekerja dengan menggunakan kad perakam waktu

II   Memastikan tiada penyelewangan dalam sistem pembayaran gaji pekerja

III  Berupaya meningkatkan produktiviti pekerja dalam sesebuah organisasi

IV   Merancang latihan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti pekerja

[Kedah 2015]

9.7

Maklumat berikut menunjukkan data gaji Puan Julie bagi bulan April 2015.

98581019aa547b29dd44489d845460ca.png

Berapakah jumlah gaji bersih?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

9.8

Puan Nita seorang juruteknik komputer menerima gaji pokok berjumlah RM2 000 sebulan.

Disamping itu beliau menerima elaun seperti berikut:

15edea99bf041e32c798a3b4a579a3ae.png

Caruman KWSP pekerja adalah 11% dan bahagian majikan adalah 12%.

Hitungkan gaji bersih Puan Nita?

[SBP 2015]

9.9

Pernyataan manakah yang tepat berkenaan tujuan kawalan dalam urusan penggajian?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

BAB 10 – PERKONGSIAN


10.1

Catatan yang betul untuk ambilan barang niaga oleh pekongsi ialah

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

10.2

Petikan Akaun Realisasi berikut diperoleh semasa pembubaran Perkongsian Misha dan Mila.

5312e41437b6b69891b566e63919085c.png

Kenyataan yang betul untuk menerangkan catatan di atas ialah

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

10.3

Semua butiran berikut terlibat dalam penyediaan Akaun Pengasingan Untung rugi kecuali

[Kedah 2015]

10.4

Perkongsian HAPE dibubarkan pada 31 Mac 2015 dengan persetujuan pekongsinya iaitu Hayat dan Pae. Mereka berkongsi untung rugi mengikut nisbah 2:1. Berikut ialah Akaun Realisasi perkongsian tersebut.

74c9faace2230bc70f2f8f06114c82b3.png

Berapakah untung atau rugi realisasi Pae?

[Kedah 2015 ]

10.5

Achik dan Boboi bersetuju membubarkan perkongsian CIBOI pada 30 Jun 2015. Berikut ialah perbualan antara Achik dan Boboi.

748d2ff3551bdf91ec14ffc33c1abcae.png

Apakah catatan yang digunakan untuk merekod penyelesaian hutang tersebut?

[Kedah 2015 ]

10.6

Situasi di bawah berkaitan dengan perkongsian Klinik Dr. Zeeta & Rakan-Rakan di Kuala Klawang.

Doktor Zeeta telah bersetuju untuk membenarkan penggunaan nama beliau dalam perkongsian klinik bersama rakan-rakan tanpa perlu beliau bertugas. Manakala Doktor Yasmin dan Doktor Kirana pula menyumbang modal dan menguruskan klinik tersebut.

Apakah jenis rakan kongsi bagi Doktor Zeeta?

[MRSM 2015 ]

10.7

Maklumat di bawah diperoleh daripada Firma Rooza & Co. pada tarikh pembubaran.

fceabd997fe28117429d4b28713e5601.png

Kirakan nilai aset yang direalisasi jika untung realisasi berjumlah RM7 350.

[MRSM 2015]

10.8

Berikut adalah maklumat kewangan Perkongsian A&A bagi tahun berakhir 30 Jun 2015.

d3659600523ddc25a30fc30c4d1e9069.png

Manakah catatan yang tepat dalam Akaun Semasa pekongsi?

[MRSM 2015 ]

10.9

Amir dan Linda ialah merupakan pekongsi dalam Perniagaan Amanda.

Apakah catatan bergu untuk perabot diambil alih oleh pekongsi Amir semasa pembubaran?

[Negeri Sembilan 2015 ]

10.10

Antara berikut yang manakah dicatat di bahagian debit Akaun Semasa pekongsi?

[Negeri Sembilan 2015]

10.11

Akaun Realisasi berikut diperoleh semasa pembubaran perkongsian Michael dan Levin dengan nisbah keuntungan 2 : 3.

7ce01a26ed15ae2fe1bee2583491bd95.png

Berapakah untung atau rugi realisasi bagi pekongsi Levin?

[Negeri Sembilan 2015 ]

10.12

Apakah butiran yang direkodkan di sebelah kredit dalam akaun semasa pekongsi?

[Pulau Pinang 2015]

10.13

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perkongsian Bee dan Gee pada 31 Mac 2015.

2359a51b1ff486ebf04ee60f01d7cab6.png

Perkongsian Bee dan Gee bersetuju secara lisan untuk membahagi untung atau rugi mengikut nisbah 2:1 tetapi tiada Perjanjian Perkongsian ditandatangani.

Hitungkan pembahagian untung setiap pekongsi tersebut.

[Pulau Pinang 2015 ]

10.14

Akaun Realisasi berikut diperoleh daripada buku sebuah perniagaan.

352ef7e980001e327b8dabff6d5f282d.png

Urus niaga manakah yang merujuk kepada catatan tersebut?

[Pulau Pinang 2015]

10.15

Butir manakah yang direkod dalam Ekuiti Pemilik sesebuah perkongsian?

I    Akaun Ambilan

II   Akaun Pinjaman

III  Akaun Semasa

IV Akaun Modal

[SBP 2015 ]

10.16

Maklumat berikut dipetik daripada Perniagaan Kerongsang Erra dan Umie.

439fba200257535519874e71dade092d.png

Berapakah jumlah kongsi untung antara Erra dan Umie?

[SBP 2015]

10.17

Apakah butiran yang akan dikreditkan ke Akaun Modal pekongsi mengikut kaedah modal tetap?

[Terengganu 2015]

10.18

Maklumat berikut diambil daripada petikan Kunci Kira-kira buku Kedai Emas Mawar dan Fizi.

224b373301f3194cf72f270eaccc2811.png

Apakah yang akan dikreditkan dalam Akaun Y pekongsi-pekongsi?

[SBP 2015]

10.19

Bayaran kepada pemiutang dan menerima diskaun semasa proses pembubaran.

Apakah akaun yang terlibat kesan daripada urus niaga di atas?

[SBP 2015 ]

10.20

Data 2 diambil daripada buku Perkongsian Aizat dan Aisyah pada 31 Disember 2014.

e5406d946432173fb0b2a880475ce520.png

Untung atau rugi perkongsian dibahagi sama rata antara pekongsi. Hitung kongsi untung bagi setiap pekongsi.

[Terengganu 2015 ]

10.21

Antara berikut, yang manakah merupakan sebab pembubaran perkongsian?

I    Kematian salah seorang daripada pekongsi

II   Mahkamah memerintahkan perkongsian itu dibubarkan

III  Persetujuan bersama antara pekongsi

IV   Pekongsi mendapat kerugian daripada perkongsian

[Terengganu 2015 ]

10.22

Apakah akaun sementara yang dibuka untuk merekodkan urus niaga yang berlaku semasa proses pembubaran perkongsian?

[Terengganu 2015]

BAB 11 – SYARIKAT BERHAD (TIDAK TERSENARAI)


11.1

Modal berdaftar Syarikat Gemilang Berhad terdiri daripada 2 000 000 unit Saham Biasa, RM2.00 sesaham dan 600 000 unit 8% Saham Keutamaan RM5.00 sesaham. Hanya 300 000 unit 8% Saham Keutamaan diterbitkan.

Hitung modal diterbitkan.

[Terengganu 2015 ]

11.2

Maklumat berikut merupakan modal berbayar Saham Keutamaan Syarikat Berjaya Berhad:

1 000 000 unit 8% Saham Keutamaan bernilai RM2.00 sesaham

Pada 1 Julai 2014, lembaga pengarah membayar dividen interim 5%. Hitung dividen interim dan dividen akhir Saham Keutamaan.

[Terengganu 2015 ]

11.3

Antara yang berikut, pernyataan manakah yang merupakan ciri Saham Keutamaan?

I    Pembayaran dividen selepas pemegang Saham Biasa

II   Layak mendapat tunggakan dividen

III  Kadar dividen tetap

IV   Mempunyai hak mengundi dalam mesyuarat agung tahunan

[Terengganu 2015]

11.4

Pada 1 April 2014, Cik Munirah telah membeli 4 000 unit 6% Saham Keutamaan RM2.50 sesaham. Pada 1 Januari 2015, Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim saham keutamaan 4%.

Berapakah dividen akhir?

[Pulau Pinang 201]

11.5

Maklumat berikut diambil daripada buku perniagaan Syarikat Kurma Lazat Berhad.

993df1540a740852153d2ab8cf77978c.png

60% daripada sahan keutamaan dan saham biasa belum diterbitkan.

Berapakah jumlah modal yang diterbitkan?

[SBP 2015]

11.6

Jenis modal manakah yang disenaraikan di bahagian ekuiti pemilik sesebuah syarikat berhad?

[SBP 2015]

11.7

Apakah jenis modal yang dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

[Pulau Pinang 2015]

11.8

Modal dibenarkan bagi Syarikat Damai Berhad terdiri daripada 2 500 000 unit saham biasa bernilai RM1 sesaham. Syarikat ini telah menerbitkan 1 500 000 unit saham biasa kepada orang awam pada nilai tara. Semua saham yang diterbitkan telah dipohon beli dan berbayar penuh.

Hitungkan modal berbayar bagi Syarikat Damai Berhad.

[Negeri Sembilan 2015]

11.9

Antara berikut, yang manakah tidak terkandung dalam dokumen Tataurus Syarikat?

[Negeri Sembilan 2015]

11.10

Pada 1 Januari 2014, Andrian telah membeli 4 000 unit 6% saham keutamaan berharga RM2 seunit daripada Syarikat Zadmal Berhad. Lembaga Pengarah syarikat telah memutuskan bahawa dividen interim dibayar sebanyak 2% pada 1 Jun 2014.

Berapakah kadar dividen akhir yang akan diterima oleh Andrian?

[Negeri Sembilan 2015]

11.11

Pernyataan manakah yang betul tentang ciri saham biasa dan saham keutamaan.

[MRSM 2015 ]

11.12

Modal berdaftar Delisha Smart Berhad dengan 5 000 000 unit saham biasa RM1.50 seunit. Syarikat telah menerbitkan separuh daripada jumlah saham biasa pada nilai tara. Syarikat membayar dividen interim dan dividen akhir ke atas saham biasa sebanyak RM187 500 dan RM450 000 masing-masing.

Kirakan kadar dividen interim.

[MRSM 2015]

11.13

Penawaran saham oleh sesebuah syarikat berhad dilakukan melalui suatu dokumen pelawaan. Apakah dokumen tersebut?

[Kedah 2015 ]

11.14

Antara berikut, penyataan yang manakah benar tentang dividen saham biasa?

[Kedah 2015]

11.15

Modal berdaftar SPK Berhad terdiri daripada :

          10 000 000 unit saham biasa bernilai RM0.50 sesaham dan

          2 000 000 unit 5% saham keutamaan bernilai RM2.50 sesaham.

Syarikat menerbitkan 2 000 000 unit saham biasa dan semua saham keutamaan pada nilai tara.

Berapakah modal dibenarkan?

[Kedah 2015]

11.16

Antara pernyataan berikut yang manakah berkaitan dengan syarikat sendirian berhad?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

11.17

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Wawasan Sdn Bhd.

12 sen dividen akan dibayar atas setiap unit saham. Modal berbayar Syarikat Wawasan Sdn Bhd terdiri daripada 400 000 saham biasa, RM0.50 setiap unit dibayar penuh.

Encik Samsul telah membeli 3 000 unit saham Syarikat Wawasan Sdn Bhd. Berapakah dividen yang akan diterima oleh Encik Samsul?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

11.18

Apakah jenis modal yang tidak disenaraikan di bawah ekuiti pemilik dalam Syarikat

Berhad?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

BAB 12 – KELAB DAN PERSATUAN


12.1

Derma yang diterima untuk tujuan pembinaan bangunan baru oleh Kelab Rekreasi Keluarga Bahagia akan dicatatkan di dalam ..................................

[Terengganu 2015]

12.2

Data 3 diperoleh daripada Kelab Kebudayaan TM pada 1 Januari 2015:

dfa34acfac97ceb2dd5b6d608c502113.png

Hitung dana terkumpul awal.

[Terengganu 2015 ]

12.3

 Maklumat berikut dipetik daripada Kelab Muzik Dahlia pada 31 Disember 2014.

  • Yuran belum terima bagi tahun 2013 ialah RM1 500
  • Penerimaan yuran dalam tahun 2014 ialah RM18 600

Kelab mempunyai keahlian seramai 550 dengan kadar yuran bulanan ialah RM30.

Apakah rekod yang betul dalam Penyata pendapatan dan perbelanjaan dan Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2014?

[SBP 2015]

12.4

Antara berikut, manakah yang akan direkod di sebelah kredit dalam akaun penerimaan dan pembayaran sesebuah kelab?

[SBP 2015]

12.5

Kelab Rekreasi Kota Raja telah menggaji dua orang pengawal keselamatan untuk menjaga premis kelab. Urus niaga ini telah direkodkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

Mengapakah pembayaran gaji direkodkan dalam akaun tersebut?

[SBP 2015 ]

12.6

Data di bawah ini dipetik daripada buku Kelab Futsal Setia Jaya pada 1 Januari 2015.

931b97d3bef9afd8c3c9fd3883beda42.png

Hitung dana terkumpul Kelab Futsal Setia Jaya pada 1 Januari 2015.

[SBP 2015 ]

12.7

Urus niaga yang manakah merupakan pendapatan modal bagi kelab dan persatuan?

[Pulau Pinang 2015 ]

12.8

Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun berakhir 31 Mac 2015

a7f91e8888354d109e4b5774454ad77d.png

Apakah M?

[Pulau Pinang 2015]

12.9

Kelab Tenis Teluk Kumbar mempunyai 100 orang ahli. Pada 1 Januari 2015, baki-baki berikut diperolehi daripada buku kelab.

15085babd9b7abaa9bb19a73e5101b47.png

Bagi tahun berakhir 31 Disember 2015, kelab ini menerima yuran sebanyak RM5 250. Jumlah ini termasuk RM150 yang diterima bagi tahun 2016.

Berapakah jumlah yuran yang sepatutnya diterima pada tahun 2015?

[Pulau Pinang 2015 ]

12.10

Kelab Tenis Taman Sentosa mempunyai ahli seramai 150 orang. Yuran masuk yang dikenakan ialah RM50 seorang dan yuran keahlian ialah RM100 setahun. Pada akhir tahun terdapat 3 orang ahli yang masih belum menjelaskan yuran.

Hitungkan pendapatan yuran bagi tahun tersebut.

[Negeri Sembilan 2015 ]

12.11

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kelab Pencinta Alam.

7c22e0a9924735752903013aceaba7d9.png

Hitungkan untung kantin kelab tersebut.

[Negeri Sembilan 2015]

12.12

Yuran ini dikategorikan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung pada dasar kelab dan persatuan tersebut.

Apakah jenis yuran ini.

[MRSM 2015]

12.13

Maklumat berikut adalah berkaitan dengan aset dan liabiliti Kelab Rakan Muda pada

1 Januari 2015.

8604483d8d1f48e9a4cc2573da8f2b50.png

Berapakah dana terkumpul pada 1 Januari 2015?

[Negeri Sembilan 2015]

12.14

Maklumat di bawah ini diperoleh daripada buku Persatuan Nelayan Bukit Kluang.

41167bd80bc8ebdd58769bdb90f49053.png

Maklumat Tambahan:

a) Belian tunai sepanjang tahun berjumlah RM800.

b) Bayaran kepada pemiutang sepanjang tahun 2014 berjumlah RM9 600.

Kirakan jumlah belian persatuan ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014.

[MRSM 2015 ]

12.15

Maklumat berikut diambil daripada buku Kelab Taman Ria pada 1 Januari 2015.

ee8381db6b311ce57410b9a64cee6c64.png

Hitungkan dana terkumpul Kelab Taman Ria pada 1 Januari 2015.

[Kedah 2015 ]

12.16

Urus niaga manakah yang merupakan pendapatan modal bagi Kelab Renang Sg. Petani?

[Kedah 2015 ]

12.17

Apakah butiran yang merupakan belanja hasil bagi sebuah kelab?

I    gaji

II   kadar bayaran

III  belian alatan sukan

IV   belanja ubahsuai pejabat

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

12.18

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Kelab Tenis Tanjung Puteri.

99b1c472b6b9d2a908195f00bb062721.png

Berapakah jumlah yuran yang akan direkod dalam Akaun Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun berakhir 31 Disember 2014?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

12.19

Yang manakah istilah yang tidak benar untuk organisasi perniagaan dan bukan perniagaan?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

BAB 13 – REKOD TAK LENGKAP


13.1

Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Reeta.

5ccde49f42b657bdf9c845a49f2dce43.png

Berapakah modal tambahan syarikat tersebut?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

13.2

Apakah kaedah yang digunakan untuk menentukan pendapatan bagi perniagaan yang tidak mengamalkan sistem catatan bergu?

I    Kaedah analisis

II   Kaedah perbandingan

III  Kaedah penilaian semula

IV   Kaedah margin caruman

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

13.3

Yang manakah bukan kesan rekod tak lengkap?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

13.4

Maklumat berikut diberi oleh Encik Ryan, pemilik Tunas Enterprise.

784f7e10c7b717386947da68c14036c4.png

Berdasarkan maklumat di atas, berapakah untung Perniagaan Ryan pada 30 Jun 2015?

[Kedah 2015 ]

13.5

Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada Perniagaan Mahsuri.

58f39acf7ca627f056da31626bc3e3ab.png

Kirakan untung atau rugi bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2014.

[MRSM 2015]

13.6

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan AHS yang mengamalkan sistem catatan tunggal.

21d84e244f71c8f828d2b85fb5389c74.png

Berapakah jumlah jualan?

[MRSM 2015 ]

13.7

Maklumat berikut diperoleh dari seorang peruncit yang tidak menyimpan rekod perakaunannya mengikut sistem catatan bergu bagi tahun berakhir 31 Ogos 2015.

2eaad8e7154c43b713520660bcce1484.png

Hitung untung atau rugi perniagaan tersebut.

[Negeri Sembilan 2015 ]

13.8

Maklumat berikut diambil daripada Perniagaan Suria. Tempoh kewangannya berakhir pada 31 Mac 2014.

258ea115cb5f76c64f883bcc760668d8.png

Maklumat tambahan:

Usia guna kenderaan ialah 5 tahun dan nilai skrap RM5 000. Berapakah modal pada tarikh ini?

[MRSM 2015]

13.9

Apakah penentuan pendapatan bagi perniagaan yang tidak mengamalkan sistem catatan bergu?

I    Kaedah analisis

II   Kaedah garis lurus

III  Kaedah perbandingan

IV   Kaedah penilaian semula

[Negeri Sembilan 2015]

13.10

Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Encik Muthu yang menjalankan  perniagaan dobi di Tampin, Negeri Sembilan.

339042f0b802649003fd9493d4eed7f5.png

Berapakah jumlah belian kredit?

[Negeri Sembilan 2015]

13.11

Antara berikut yang manakah menunjukkan amalan rekod tak lengkap?

[ Negeri Sembilan 2015]

13.12

Situasi rekod tak lengkap yang manakah boleh berlaku dalam sesebuah perniagaan?

[Pulau Pinang 2015]

13.13

Maklumat berikut diperoleh daripada Kedai Buku Balvresh, sebuah perniagaan yang tidak menyimpan rekod yang lengkap.

0e659d803579d19761de78d337f746dc.png

Apakah butiran P dan Q?

[Pulau Pinang 2015 ]

13.14

Data berikut diperolehi daripada buku Perniagaan Jacq yang tidak mengamalkan Sistem Catatan Bergu.

f5036ab80d4b50a2182179c5a1a7ca40.png

Hitung untung bersih bagi perniagaan tersebut.

[Pulau Pinang 2015]

13.15

Rumus di bawah ini digunakan untuk menghitung untung bersih bagi peniaga yang mengamalkan rekod tak lengkap.

Untung bersih = modal akhir + ambilan - modal tambahan - modal awal

Mengapakah ambilan perlu ditambahkan pada modal akhir?

[SBP 2015 ]

13.16

Kunci Kira-kira disediakan untuk mengetahui kedudukan aset dan liabiliti perniagaan. Dalam perakaunan sistem catatan tunggal, apakah nama lain bagi Kunci Kira-kira?

[SBP 2015]

13.17

Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan keuntungan atau kerugian bagi perniagaan yang mengamalkan catatan tunggal?

[Terengganu 2015]

13.18

Maklumat berkaitan aset dan liabiliti sebuah perniagaan milikan tunggal yang tidak menyimpan rekodnya mengikut sistem catatan bergu adalah seperti berikut:

6569f197edf5e71b340ae89b9465f627.png

Maklumat tambahan:

(i) Ambilan barang niaga untuk kegunaan peribadi RM1 000.

Berapakah untung bersih bagi tahun berakhir 30 Jun 2015?

[Terengganu 2015]

BAB 14 – PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN


14.1

Apakah tujuan Akaun Pengeluaran disediakan?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

14.2

Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Memproses Keropok Kering.

41e238928ca1fe68b283045435724d53.png

Hitungkan kos prima

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

14.3

Data berikut diperoleh daripada Syarikat Lim.

Syarikat Lim menjual sejenis pakaian dengan harga RM8 seunit. Kos berubah seunit ialah RM2 dan kos tetap ialah RM12 000.

Berdasarkan maklumat berikut di atas berapakah unit keluaran yang harus dijual untuk mencapai Titik Pulang Modal?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

14.4

Pernyataan manakah yang menerangkan maksud titik pulang modal?

I    Jumlah hasil sama dengan jumlah kos

II   Jumlah hasil lebih daripada jumlah kos

III  Unit jualan untuk mendapat keuntungan

IV   Unit jualan yang tidak mendapat sebarang keuntungan atau kerugian

[Kedah 2015 ]

14.5

Maklumat berikut di ambil daripada buku perakaunan Kilang Rakyat pada 30 Jun 2015.

69a46a8a8bbfdfa6b6c57f59b40da4ea.png

Maklumat tambahan :

i) Belanja angkutan bernilai RM5 020 bagi pembelian bahan langsung belum direkodkan.

Hitung Kos Pengeluaran Kilang Rakyat pada 30 Jun 2015.

[Kedah 2015]

14.6

Apakah rumus bagi kos prima?

[Kedah 2015]

14.7

Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam kos prima?

[MRSM 2015]

14.8

Maklumat berikut adalah kos yang terlibat dalam pengeluaran perabot oleh Shazwan Furniture bagi tahun berakhir 30 Jun 2015.

4296583f333f4e79646fadd417b8a6dc.png

Kirakan kos prima.

[MRSM 2015]

14.9

Apakah rumus bagi margin caruman seunit?

[MRSM 2015]

14.10

Soalan berikut berdasarkan maklumat yang diambil daripada buku perniagaan Encik Hamdi, seorang pemilik kilang.

efae94416a43f849b9b9b662f2d57cbb.png

Kirakan titik pulang modal dalam Ringgit Malaysia.

[MRSM 2015 ]

14.11

Antara berikut yang manakah benar tentang kos tetap?

[Negeri Sembilan 2015]

14.12

Antara yang berikut yang manakah bukan merupakan kos overhed dalam pengiraan kos pengeluaran?

[Negeri Sembilan 2015]

14.13

Syarikat Hasnan adalah syarikat yang mengeluarkan patung mainan kanak-kanak. Kos tetap ialah RM8 000 dan kos berubah ialah RM6 seunit. Harga jualan seunit patung mainan ialah RM8.

Sekiranya Syarikat Hasnan ingin mencapai keuntungan sebanyak RM34 000, berapakah jumlah patung mainan yang perlu dijual?

[Negeri Sembilan 2015]

14.14

Butiran yang manakah merupakan kos buruh langsung?

[Pulau Pinang 2015]

14.15

Pernyataan yang manakah menerangkan kos berubah?

[Pulau Pinang 2015]

14.16

Data berikut diperolehi daripada Kilang Kasut Jaya.

d83516fc095ad1cab7828a0d7c4f4794.png

Berapakah jumlah kos pengeluaran?

[Pulau Pinang 2015]

14.17

Kilang Produk Minuman Sedap merupakan pembekal air minuman di sekitar Selangor. Antara berikut, manakah kos berubah bagi Kilang Produk Minuman Sedap?

[SBP 2015]

14.18

Data di bawah ini diambil daripada buku Kilang Biskut Nurul pada 30 Jun 2015.

2f5e1edecd8213fc2aefc44ecc28224c.png

Hitung kos pengeluaran biskut.

[SBP 2015]

14.19

Butir manakah yang diambil kira untuk menghitung kos prima dalam Akaun Pengeluaran Kilang Pakaian Siti Hajar?

I    Kain kapas

II   Sewa kilang

III  Cap dagangan

IV   Angkutan keluar

[SBP 2015]

14.20

Puan Siti Haliza telah mengeluarkan tudung menggunakan jenamanya sendiri.

Apakah kaedah yang boleh digunakan oleh beliau untuk menganalisis titik pulang modal bagi menilai perniagaannya sama ada memperoleh keuntungan atau kerugian?

I    Kaedah margin tetap

II   Kaedah margin caruman

III  Kaedah margin pusingan

IV   Kaedah margin keselamatan

[SBP 2015 ]

14.21

Apakah komponen kos prima bagi Syarikat Mega Elektronik Berhad?

I    Upah operator pengeluaran

II   Kos bahan langsung

III  Kadar bayaran kilang

IV   Insurans mesin kilang

[Terengganu 2015 ]

14.22

Margin Caruman ialah .................................

[Terengganu 2015 ]

BAB 15 – MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN


15.1

Antara yang berikut, butir manakah yang digunakan untuk pengiraan kadar pusing ganti stok?

I    Stok awal

II   Stok akhir

III  Kos jualan

IV   Untung bersih

[Terengganu 2015]

15.2

Data 4 diambil daripada Zulaikha Enterprise bagi tahun berakhir 30 September 2015.

62a8d399e0fbce1f8df83163b99189cb.png

Hitung pulangan atas modal.

[Terengganu 2015]

15.3

Encik Mehmed telah menggunakan analisis margin untuk mengukur keberkesanan harga dan dasar pembelian syarikatnya.

Apakah yang dimaksudkan dengan margin?

[SBP 2015 ]

15.4

Apakah maksud kadar pusing ganti stok yang rendah?

I    Stok jualan kurang laris

II   Tukar ganti stok yang terlalu kerap

III  Tidak cekap dalam mengurus stok

IV   Berkemampuan menjelaskan hutang pembelian stok

[Pulau Pinang 2015]

15.5

Jadual di bawah ini menunjukkan analisis nisbah semasa Syarikat Empress Berhad bagi empat tahun kewangan.

TahunNisbah Semasa
20121.89 : 1
20131.98 : 1
20141.91 : 1
20151.19 : 1

Pada tahun bilakah Syarikat Empress Berhad lebih berupaya menjelaskan semua liabiliti semasa mengikut masa yang ditetapkan?

[SBP 2015]

15.6

Maklumat berikut diberikan oleh Edmund Enterprise.

7b3ddaf89c20612d5b85e7f9394cdfb5.png

Berapakah nisbah semasa Edmund Enterprise?

[Pulau Pinang 2015]

15.7

Data berikut adalah berkaitan buku Perniagaan Aiman bagi tahun berakhir 30 Jun 2015.

8297ca99cb017abaf5171a35fb3ca5d4.png

Hitung peratus untung kasar atas kos jualan.

[Pulau Pinang 2015 ]

15.8

Antara yang berikut manakah merupakan tafsiran tokokan?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

15.9

Maklumat berikut diperoleh dari buku perniagaan Kilang Edward pada tahun 2015.

0b7e934919b3faab248f1626a0c807a4.png

Hitungkan pulangan atas modal.

[Negeri Sembilan 2015 ]

15.10

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Neetha.

d6af538ff532cc8e547c8f3a2c94b4dc.png

Apakah tafsiran daripada maklumat di atas?

[Negeri Sembilan 2015 ]

15.11

Apakah maksud kadar pusing ganti stok yang tinggi?

I    Stok jualan laris

II   Tukar ganti stok Yang Perlahan

III  Perniagaan cekap dalam mengurus stok

IV   Mampu menjelaskan hutang pembelian stok

[Negeri Sembilan 2015 ]

15.12

Maklumat berikut diambil daripada rekod perakaunan Perniagaan Rania Iman.

542223369d7365150380db1a380e7996.png

Kirakan kos jualan.

[MRSM 2015]

15.13

Berikut adalah nisbah keberuntungan kecuali

[Kedah 2015]

15.14

Berikut adalah petikan yang diambil daripada Kedai Buku Mesra Jaya.

4be3a656d5f33c51170bbdddc694206f.png

Berapakah nilai kos jualan jika kadar pusing ganti stok firma ialah 3 kali.

[Kedah 2015 ]

15.15

Maklumat berikut diperoleh daripada buku Perniagaan T & L Enterprise.

d2c553380487f002523e36de0aa4ded6.png

Hitungkan untung kasar.

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015 ]

15.16

Maklumat yang berikut menunjukkan nisbah semasa bagi 4 buah firma.

FirmaNisbah Semasa
P5 : 1
Q4 : 1
R3 : 1
S2 : 1

Firma manakah yang mempunyai kemampuan membayar liabiliti semasa yang terbaik?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

15.17

Antara berikut yang manakan bukan tujuan maklumat pengurusan?

[Bhgn. Teknik & Vokasional 2015]

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer