You need to login before answering these questions


Bahasa Melayu Kertas 1 Aras Tinggi (Modul Cakna PMR 2013, Kelantan)

Bahasa Melayu Kertas 1 Aras Tinggi

Modul Cakna PMR 2013, Kelantan


Arahan Am

Kertas soalan ini mengandungi 40 soolan. Jawab semua soalan.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.


Soalan 1 hingga soalan 7

Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1

568d96fd72e853e002478d19a63799fb.png

Sulur pokok duit-duit itu______________dahan mempelam.

2

Hazlin gemar melakukan senaman ringan_____________belajar menjahit baju pada hujung minggu.

3

Puan Salimah mengeluh apabila melihat bilik anak bujangnya yang _______________ itu.

4

Keropok itu______________ketika panas selepas digoreng.

5

Kerajaan menyediakan pelbagai _____________untuk menarik pelabur asing ke negara ini.

6

Dia hanya ________________daun pisang untuk melindungi diri daripada hujan.

7

b9572f1f1f01cfd2295ee0053a6a7f53.png

Puan Ainun_________________gulai daging masak Minang untuk diberikan kepada Puan Salbiah dan Puan Cheng dengan menggunakan senduk kayu.

Soalan 8 hingga soalan 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.


8

Hadiah itu tidak (A) untuk Hamidah tetapi (B)untuk (C) kakaknya. Tiada kesalahan (D).

9

Pandai-pandailah awak melayani (A) perangai berpuluh-puluh kanak-kanak (B) yang bermacam-macam (C) ragam. Tiada kesalahan (D).

10

Kebanjiran (A) pendatang asing tanpa izin ke negara ini sejak dua dekad yang lalu menimbulkan pelbagai (B) masalah sosioekonomi (C). Tiada kesalahan (D).

11

Kontraktor (A) itu telah membina (B) masjid berdasarkan pada (C) pelan yang telah ditetapkan. Tiada kesalahan (D).

12

Pemuda itu membeloki (A) motosikalnya ke (B) kiri selepas memotong (C) lori tersebut. Tiada kesalahan (D).

13

Beliau (A) sedang sibuk membincangkan lain-lain hal (B) dalam mesyuarat di bilik gerakan (C) itu. Tiada kesalahan (D).

14

Sultan Mansur Syah menganugerahi (A)sebilah (B) keris serta sepersalinan (C) pakaian kepada Laksamana Hang Tuah. Tiada kesalahan (D).

Soalan 15 hingga soalan 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


15

I    Buah langsat itu masih kuning mencelah dan rasanya agak masam.

II   Perempuan itu mencelah antara kedua-dua anaknya yang bergaduh.

III  Belum pun sempat saya habiskan ucapan, dia terus mencelah dengan muka yang merah padam.

IV   Ayah sangat marah jika anak-anaknya yang cuba mencelah semasa dia sedang 

bercakap.

16

I    Dingin hawa pada waktu subuh di kampung begitu terasa.

II   Lokman menggigil sewaktu mandi di telaga itu kerana airnya sangat dingin.

III  Hubungan mereka dingin semenjak mereka bertengkar kelmarin.

IV   Kami sekeluarga bercuti di Pulau Tioman untuk dingin fikiran.

17

I    Liza menyentap daripada lamunannya apabila bahunya dicuit oleh guru kelasnya.

II   Raman terus menyentap jorannya dengan kuat sebaik saja pelampung pancingnya 

tenggelam kerana umpannya diragut ikan.

III  Apabila melihat orang yang mengamuk itu menghampiri Bendahara, Hang Tuah 

terus menyentap kerisnya dan berdiri di hadapan Bendahara.

IV   Baju buatan luar negara itu menyentap selepas dibasuh walaupun baru saja dibeli.

Soalan 18 hingga soalan 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


18

Mi kari yang tersedia di restoran itu mendapat pujian pelanggan kerana rasanya yang lazat.

19

Mereka berbincang tentang rancangan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan masjid itu hingga lewat petang.

20

Tudung biru yang ibu beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.

21

Dalam lain perkataan, orang ramai membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan kereta berhias itu.

Soalan 22 hingga soalan 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


22

Bagi menjamin warga tua menikmati kehidupan yang sempurna, mereka perlu diberikan penjagaan dan tempat tinggal yang selesa.

23

Sebilangan remaja lebih cenderung untuk mencurahkan masalah peribadi mereka kepada rakan.

24

Amar berjaya menjadi pelajar cemerlang kerana usaha yang berterusan sejak awal tahun hingga hari peperiksaan.

Soalan 25 hingga soalan 27

Pilih ayat-ayat yang betul.


25

I    Keadaan penyakit Ramlan amat membimbangkan keluarganya.

II   Bas sekolah yang dinaiki oleh saya dipandu oleh Pak Cik Imran.

III  Dia pelajari seni silat gayung dari bapa saudaranya.

IV   Kita perlu berkongsi perasaan suka dan duka dengan orang lain.

26

I    Pelajar-pelajar yang nakal itu saling bertolak-tolakan di kantin sekolah.

II   Lee Chong Wei adalah antara pemain badminton yang terkenal di Malaysia.

III  Kedua orang itu ialah pekerja di Jabatan Bekalan Air Selangor.

IV   Jiran sepakat membawa berkat.

27

I    Jiran saya bangun di waktu pagi untuk pergi ke ladang.

II   Dewan itu akan digunakan oleh kami semasa upacara penyampaian hadiah esok.

III  Tolong lap pinggan mangkuk itu hingga kering.

IV   Pesanan Cikgu Manizah itu telah saya sampaikan kepada mereka.

Soalan 28 hingga soalan 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.


28

Kampung Nangka baru sahaja mendapat sebuah dewan serba guna untuk digunakan oleh masyarakat setempat. Beberapa bulan kemudian, banyak kemudahan dewan tersebut rosak akibat tidak dijaga dengan baik.

29

Ketika bergotong-royong di rumah jirannya yang mengadakan kenduri, Puan Rosni memujuk tetamu wanita supaya membeli alat solek yang dijualnya. Keadaan ini dikatakan

30

Sesuatu perkara yang telah selesai tetapi masih menjadi perbualan orang diumpamakan seperti

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


      Puan Ainun memang tidak dapat berminat dengan jualan langsung. Dia juga tidak pernah membeli sebarang makanan kesihatan sebelum ini. Padanya, makanan yang sihat ialah makanan seimbang yang disediakan dari dapurnya sendiri. Oleh itu, dia menolak pelawaan Punita itu. Namun, penolakan itu dibuatnya dengan baik, juga dengan alasan yang baik. Bagi Puan Ainun, seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyinggung hati jirannya.

      “Apakah kerana penolakan itu Punita marah?” bisik Puan Ainun. Kalau itulah puncanya, Puan Ainun fikir, Punita tidak wajar berbuat begitu. Malah, cara Punita meminta anaknya membawa pulang masakan itu dirasakan oleh Puan Ainun seperti suatu penghinaan.

      Patutlah pada dua hari yang lepas, sewaktu dia terserempak dengan Punita di luar rumah, Punita seperti tergesa-gesa mahu meninggalkannya. Punita Cuma melemparkan secebis senyuman lalu terburu-buru masuk ke dalam keretanya. Dia tidak mahu berbual walau sepatah dua kata seperti selalu. Rupa-rupanya, ada dendam dalam hati wanita yang telah berusia tiga puluhan tetapi masih belum berkeluarga itu.

      “Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa, aku akan buat begitu pada engkau pula,” kata Puan Ainun dalam hati. Dia seperti menyimpan dendam disebabkan perasaannya yang membara itu. Dia kelihatan begitu nekad.

      Sesungguhnya, Puan Ainun tidak menyangka bahawa jiran yang selama ini nampak sangat baik, lembut serta penuh berbudi bahasa itu rupa-rupanya bersikap sedemikian.


( Dipetik daripada cerpen Budi Semangkuk Daging
Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, 
Dewan Bahasa dan Pustaka.


31

Mengapakah Puan Ainun tidak mahu membeli produk kesihatan yang dijual oleh Punita?

32

Berikut ialah sikap Punita yang menjadi faktor Puan Ainun berprasangka buruk terhadapnya kecuali

33

Ada ubi ada batas

Unsur gaya bahasa dalam frasa di atas ialah

34

Pilih latar masyarakat yang tidak terdapat dalam cerpen “Budi Semangkuk Daging”.

35

Apakah kesudahan cerpen “Budi Semangkuk Daging”?

Soalan 36 hingga soalan 40

Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.



Seorang Insan Istimewa


Dia tidak pernah meminta
untuk lahir sebegitu rupa
namun kecilnya diri
menyanggah takdir Yang Maha Esa
sebuah suratan tertulis sudah
sebuah kehidupan tetap harus diteruskan.


Seorang insan istimewa
menapak dalam reda
menggalas payah dalam senyum terpaksa
betapa pun simpati mata memandang
pasti tiada bandingan
dengan derita diri
menempuh cabaran.


Seorang insan istimewa
anugerah suatu ujian
amanah suatu tuntutan
biar sukar mesti disempurnakan
luas buana
mereka tetap punya ruang
meneruskan kehidupan
selagi Tuhan mengizinkan


Bantulah, bimbinglah
seikhlas hati setulus budi
Tuhan pasti merestui.


Dipetik daripada antologi Harga Sebuah Lukisan 
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka


36

Apakah persoalan yang dikemukakan oleh penyajak dalam rangkap satu

37

Sajak ini bernada

38

anugerah suatu ujian

amanah suatu tuntutan

Unsur keindahan bahasa yang terdapat dalam baris sajak di atas ialah

39
Menggalas payah dalam senyum terpaksa

Baris sajak berikut menggambarkan perasaan insan istimewa yang

40

Semua pernyataan di bawah ialah pengajaran yang terdapat dalam sajak kecuali

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer