You need to login before answering these questions


Bahasa Melayu Kertas 1 Standard (Modul Cakna PMR 2013, Kelantan)

Bahasa Melayu Kertas 1 Standard

Modul Cakna 2013, Kelantan


Soalan 1 -7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

982a7d4405b091451202ce38e3e9f49b.png

___________ bayu Laut China Selatan amat nyaman dan memberikan ilham kepada Wafa untuk berkarya.

2

Impian Aleesa untuk menjadi doktor bakal menjadi ___________ setelah dia mendapat tawaran belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

3

Seremban ialah _____________ Negeri Sembilan dan jaraknya dengan Kuala Lumpur hanyalah lebih kurang 100 kilometer.

4

Walaupun Khaled ____________ melakukan kesalahan itu, dia tetap menafikannya.

5

Ubat untuk mencegah ketagihan rokok dihasilkan melalui __________yang dilakukan oleh pakar perubatan tempatan.

6

Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk ___________ pelantikan menteri kabinet baharu selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri.

7

“Jarak __________ sebuah meja dengan meja yang lain ialah satu meter,” arah Cikgu Awatif kepada pelajar-pelajarnya.

Soalan 8 – 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.


8

Kerja-kerja tanaman (A) padi terganggu kerana keadaan cuaca tidak menentu di (B) daerah Kerian belakangan (C) ini. Tiada kesalahan (D).

9

Acara keramaian (A) di istana Melaka telah dibatalkan kerana baginda (B) sultan sedang sakit (C). Tiada kesalahan (D).

10

Pak Sahak memperelokkan (A) ruang tamu rumahnya kerana (B) anak perempuannya akan melangsungkan (C) pertunangan pada hujung minggu ini. Tiada kesalahan (D).

11

Terima kasih saya ucapkan (A) kerana anda (B) tidak berbuat (C) bising di tempat ini. Tiada kesalahan (D).

12

Batuk yang dihidap (A) oleh Mak Temah masih juga tidak kurang (B) walaupun berbagai (C) ubat telah diambil. Tiada kesalahan (D).

13

Para pekerja (A) dikehendaki mematuhi arahan yang diberikan demi untuk (B) melicinkan kerja-kerja (C) pejabat. Tiada kesalahan (D).

14

Mangsa kemalangan itu telah diletakkan di atas pengusung (A)lalu (B) dimasukkan ke dalam (C) ambulans. Tiada kesalahan (D).

Soalan 15-17

Pilih ayat- ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


15

I    Perasaan rindunya terhadap kampung halaman tidak pernah padam.

II   Masih belum padam semangat Johari untuk menewaskan lawannya.

III  “Padam muka budak nakal itu,” kata Shary kepada Mary.

IV   Api yang membakar tunggul-tunggul kayu itu telah padam.

16

I    Wira dan wirawati berkahwin pada penghabisan cerita.

II   Adik saya berpuasa sehingga penghabisan bulan Ramadan.

III  Kereta itu tersadai di tepi jalan kerana penghabisan minyak.

IV   Dia berlari sekuat-kuat hati sehingga penghabisan tenaga.

17

I    Emak menjemput garam dan memasukkannya ke dalam gulai.

II   Ayah menjemput abang di lapangan terbang pada petang Ahad.

III  “Datang tak menjemput, pergi tak dihalau,” kata Farid dengan geramnya.

IV   Pak Borhan menjemput penduduk kampung ke majlis perkahwinan anaknya.

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.


18

Sebahagian daripada pelajar sekolah tersebut merupakan penerima biasiswa sebuah yayasan di Kuala Lumpur.

19

Ahli pengakap akan menjalankan gotong-royong bagi membersihkan surau sekolah pada minggu hadapan.

20

Kehidupan Pak Amin yang dahulunya susah, sekarang sudah sangat senang–lenang setelah semua anaknya bekerja.

21

Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong.

Soalan 22-24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


22

Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu adalah antara model yang mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional.

23

Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini sebagai perayaan nasional.

24

Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, keamanan yang kita nikmati akan tergugat.

Soalan 25-27

Pilih ayat-ayat yang betul.


25

I    Sejak belakangan ini, abang selalu terjaga di tengah malam buta.

II   Masyarakat diseru untuk mempelajari sejarah tanah air bagi melahirkan warga yang patriotik.

III  “Kami mestilah membersihkan kelas masing-masing pada setiap pagi,” kata pengetua kepada pelajar-pelajar.

IV   Berlonggok-longgok batu terdapat di kawasan pembinaan rumah banglo tersebut.

26

I    Jalur Gemilang berkibaran di tepi-tepi jalan sepanjang bulan Ogos.

II   Salam menanyakan ketuanya masa mereka akan bertolak ke Teluk Kemang.

III  Hartawan itu menderma seperempat bahagian hartanya kepada anak-anak yatim.

IV   Pak Cik Asraf memiliki koleksi setem-setem lama yang disimpannya sejak remaja.

27

I    Beg yang berat itu tidak terangkat oleh saya.

II   Penjenayah itu telah ditembak polis daripada sudut yang sukar.

III  Tuan pengurus meminta jurutaip menaip surat itu semula.

IV   Tukang masak itu mengajar suri rumah bagaimanakah kek dimasak.

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.


28
Pucuk dicita ulam mendatang

Peribahasa di atas sama maksud dengan peribahasa

29

Fizah bercerita tentang novel yang sebenarnya telah dibaca oleh rakannya, Anisa. Perbuatan Fizah itu umpama

30

Dalila membuat kerja rumahnya dengan sambalewa sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Sikapnya ini diibaratkan

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.


      Maka Tuan Puteri Sa’dung pun diam tidak berkata-kata ; hendak pergi takut menjadi angkara di atas tubuh, sebagaimana belum tentu lagi ; dan tiada hendak pergi, takut dimurka oleh Sultan Abdullah itu, serta takut rosak akan negeri. Maka lalu berfikirlah pula. Maka tiada berapa lama fikiran Tuan Puteri Sa’dung itu, dan jikalau aku tiada pergi, tiada sudah, nescaya rosaklah negeri kita kerana orang Siam pun terlalulah hampirnya. Maka tatkala itu lalu Tuan Puteri pun berkatalah , “ Ya kakandaku tuan, baiklah seperti kehendak kakandaku tuan itu, adinda turutlah. Jikalau ditolong oleh Tuhan kita, nescaya lepas surat kejahatan di atas tubuh adinda ini.”

      Maka tatkala itu bertangis-tangisanlah antara dua laki isteri, terlebih maklumlah suami hendak bercerai tinggal dengan isterinya. Maka lalu Tuan Puteri Sa’dung pun bersimpanlah. Maka tatkala sudah bersimpan itu, maka Tuan Puteri Sa’dung pun turunlah berdua laki isteri itu kepada Jong kenaikan Tuk Ca yang mari itu. Maka sampailah kepada Tuk Ca itu. Maka Tuk Ca itu pun suruh duduk di dalam jong itu diberi tempat kedudukan tuan puteri dengan sempurna. Maka Sultan Abdullah pun baliklah kepada mahligai yang dahulu itu.

     Maka tatkala itu, Tuk Ca pun suruh panggillah sekalian raja-raja, menteri, hulubalang, dan rakyat sekalian yang duduk di dalam mahligai itu. Maka orang pergi panggil pun sampailah, katanya diberi ketahui oleh Tuk Ca, menyuruh panggil semuanya turun akan kepada bahtera itu kerana hendak balik ke benua Siam, kata Tuan Puteri Sa’dung itu sudah turun pergi mendapat Tuk Ca.


(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” , 
Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, 
Dewan Bahasa dan Pustaka.)


31

Yang berikut merupakan punca ketakutan Tuan Puteri Sa’dung, kecuali

32

Apakah yang dilakukan oleh Tuan Puteri Sa’dung setelah memikirkan masalah yang dihadapi?

33

Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah

34

Pilih pernyataan yang salah tentang Sultan Abdullah

35

Apakah kesudahan cerita Hikayat Seri Kelantan ini?

Soalan 36-40

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.


SAJAK HARI AKHIR PERSEKOLAHAN

Ada suara hati
yang tersisip
di celah buku-buku
ada mata batin
yang mengintip
pesan para guru
ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
ada tangan nakal
yang mengukir:
merdeka, kita ke takah dewasa! 


Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib 
(Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)



36

Apakah pesanan guru kepada penyajak?

37

Pengulangan kata ada yang terdapat pada baris pertama, keempat, ketujuh dan kesepuluh ialah gaya bahasa

38

Frasa ada air jernih yang tumpah bermaksud

39

Pernyataan yang berikut membuktikan bahawa sajak Hari Akhir Persekolahan berbentuk bebas, kecuali

40

Sajak Hari Akhir Persekolahan membincangkan persoalan yang berikut, kecuali

Suggest answer