You need to login before answering these questions


Bahasa Melayu Kertas 1 Aras Mudah (Modul Cakna PMR 2013, Kelantan)

Bahasa Melayu Kertas 1 Aras Mudah

Modul Cakna 2013, Kelantan


Arahan am:

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.


Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1

Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak____________ dikenakan tindakan

disiplin.

2

"_____________ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga," titah sultan.

3

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

ffa0d6c168c422ae97c01396538ef174.png

Hj.Rosli menerima sepucuk surat ___________ rakannya yang berada di Sarawak.

4

Kamu ____________ datang ke rumah saya esok jika kamu kelapangan.

5

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

b7bd1cfb2c8ac76193f7a7d46beb7619.png

Kami melihat kerja-kerja ______________ daun teh ketika melawat ke Cameron Highlangs.

6

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

98adf4248834d64afb58ddc7ddabf370.png

Banyak ____________ tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta lembu jika berkunjung ke Melaka.

7

_____________ kah cara kamu menyelesaikan masalah itu?

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.


8

Anak lembu kepunyaan (A) Pak Rahman yang sedang meragut (B) rumput di tepi belukar itu dimakan (C) oleh seekor ular sawa. Tiada kesalahan (D).

9

Pihak Kesultanan Sulu yang bertapak di Lahad Datu (A) perlu serah (B) diri sebelum digempur (C) oleh pasukan keselamatan negara. Tiada kesalahan (D).

10

Jalan (A) menuju ke kawasan pedalaman (B) itu lintang-pukang (C) bagai ular kena palu. Tiada kesalahan (D).

11

Lima buah (A) senapang M16 berjaya dirampas oleh pihak Polis semasa mengeledah (B) kem latihan musuh di Pulau Angsa (C) baru-baru ini. Tiada kesalahan (D).

12

Suara penyanyi itu sungguh enak (A) apabila mendendangkan (B) lagu sempena majlis perkahwinan (C) kakak saya. Tiada kesalahan (D).

13

Kapal perang tentera Amerika karam (A) di Laut Pasifik setelah dibom (B) oleh jet pejuang tentera Jepun semasa (C) peperangan dunia kedua. Tiada kesalahan (D).

14

Encik Wan Adnan memberitahu (A) pekerjanya lalu (B) dia akan (C) bercuti selama seminggu. Tiada kesalahan (D).

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.


15

I    Bunga mawar yang dibeli oleh emak berkedut kerana dilanggar orang semasa menaiki bas.

II   Dokumen penting itu telah berkedut kerana direnyukkan oleh adik sebentar tadi.

III  Kulit nenek berkedut kerana usianya yang sudah lanjut.

IV   Kain baju yang tidak berlipat itu berkedut seribu dan perlu digosok.

16

I    Hajah Mariam suka makan nasi kerabu.

II   Hari yang paling Cikgu Aminah suka ialah hari ulang tahun perkahwinannya.

III  Orang yang banyak suka ialah orang yang paling bahagia dalam hidupnya.

IV   Jangan suka berlebihan nanti ditimpa duka.

17

I    Perniagaan En.Wee sudah jatuh.

II   Pokok kelapa di depan rumah Kamal baru sahaja jatuh ditiup angin.

III  Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511.

IV   "Pegang pinggan itu baik-baik supaya tidak jatuh nanti," kata ibu.

Soalan 18 - 21

Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.


18

Faruqi sering mengingati terhadap nasihat Cikgu Eh Chat supaya belajar dengan bersungguh-sungguh.

19

Banyak buah-buahan yang dijual oleh Wak Jono dibawa dari dusunnya di Muar.

20

Beberapa lori yang membawa balak telah terbalik apabila melanggar seekor gajah.

21

Ketua Polis Negara mengucapkan syabas diatas keberanian anggotanya dalam menjalankan tugas di Sabah.

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau mahsud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


22

Memancing merupakan hobi yang menyeronokkan untuk memenuhi masa lapang.

23

Mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan.

24

Cikgu Rosli menangkap beberapa orang pelajar yang merokok di dalam tandas.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.


25

I    Dua ekor kerbau mati digelek kereta api dari Kuala Lumpur malam tadi.

II   Ayah berjanji akan membawa kami pergi makan angin di Pulau Tioman

III  Penduduk kampung saling tolong-menolong untuk menjayakan majlis perkahwinan anak Penghulu Ali

IV   "Nyanyikan saya sebuah lagu," pinta Siti.

26

I    Jamuan tengahari yang diadakan diHotel Riverview terpaksa dibatalkan

II   Gencatan senjata perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat.

III  Pelbagai barang perhiasan ada dijual di kedai cenderahati itu.

IV   Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di Pulau Pangkor pada tahun 1875.

27

I    Pertempuran itu berlanjutan hampir tiga setengah jam.

II   Halaman rumah Mak Wan sungguh ceria kerana dia pembersih orangnya.

III  Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

IV   Pelancong dari luar negara semakin tertarik akan negara kita.

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang berikut.


28
Kera mendapat bunga

Peribahasa di atas bermaksud

29

Ramlah ialah____________Ramli sejak di bangku sekolah lagi.

30

Fatin dan Farah selalu bergaduh walaupun mereka adik beradik. Perangai mereka diibaratkan

Soalan 31 - 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


CIKGU HALIL:(Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin antara murid semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi, Zalina telah memberi saya sepucuk surat. Kenapa ini terus terjadi? Semasa bersekolah, kamu semua dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. (Mengangkat surat) Siapa yang tulis surat ini? Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri.
ZALINA tunduk
CIKGU HALIL:Lebih baik kamu mengaku.
BADAR:(Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini.
CIKGU HALIL:Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku. Jika kamu mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman.
ZALI tunduk.
CIKGU HALIL:Baiklah. Jika kamu semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Melayu dan buku karangan kamu. Letak di atas meja. Semua murid mengeluarkan buku.
CIKGU HALIL:Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku.
ZALINA:(Bangun) Baik, Cikgu. Zalina memeriksa setiap meja.
ZALINA:Zali tertinggal buku latihan, cikgu.
CIKGU HALIL:Tidak mengapa, asalkan ada buku karangan. CIKGU HALIL meneliti setiap buku sepintas lalu. Tiba di meja ZALI, dia berhenti agak lama.

(Dipetik daripada Drama, Surat Untuk Ina 
antologi Kasut Kelopak Jantung, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)


31

Mengapakah Cikgu Halil meninggikan suaranya?

32

Apakah yang dicadangkan oleh Badar?

33

Di manakah peristiwa ini berlaku?

34

Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama ini.

35

Apakah kesudahan drama ini?

Soalan 36 - 40

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Burung-burung Pagi

Kau telah bangun
Mengirai sayapmu
Entah siul keberapa kau nyanyikan
Membuka mataku


Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah menanti


Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu


Tapi kau yang hanya
Sejemput daging
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil


A Wahab Ali


(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius
Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)


36

Siapakah 'kau' yang dimaksudkan dalam baris-baris sajak rangkap pertama?

37

Penyajak amat mengagumi semangat burung kerana

38

Antara nilai yang terkandung dalam sajak ini termasuklah

39
Kota tandus

Apakah unsur keindahan bahasa yang digunakann dalam baris sajak di atas?

40

Apakah tema sajak ini?

Suggest answer