You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM SBP 2015

2465fc2c3cc2d1d9ab20d9fade361189.pngdc3803f1aacb41d7c111457ac31f30da.png

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN


PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK SBP 2015
PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


SEJARAH

Kertas 1

Satu Jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Arahan:

  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B C dan D. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.
  4. Jika anda hendak menukar jawapan, sila padamkan lorekan yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.


.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

Jawab semua soalan.


1

Gambar 1 adalah pokok papyrus yang terdapat di Tamadun Mesir Purba.d3cc2caa46ae251b8036bde5358b90ed.png

Apakah kepentingan pokok papyrus tersebut?

2

Bagaimanakah pemerintah Tamadun Hwang Ho dapat meningkatkan ekonomi pertanian penduduk setempat?

3

Gambar 2 adalah binaan Zigurat Tamadun Mesopotamia.

f710ad1f67380b2c0e6deda5909e9c43.png

Apakah fungsi binaan tersebut?

4

Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan tamadun.

e59f5888b80f2d6f28fef9e4bb604c9d.png

Apakah sumbangan tokoh di atas?

5

Sresthin merupakan persatuan perdagangan dan perusahaan yang wujud dalam tamadun India.

Apakah matlamat persatuan tersebut?

6

Kedah Tua berjaya menjadi pelabuhan entrepot.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

7

Rajah 1 berkaitan dengan kerajaan Angkor.

bf65a5da97907c9dfffb144720184691.png

Mengapakah Angkor menjadi kerajaan agraria yang kuat pada zaman tamadun awal Asia Tenggara?

8

Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak mengikut penduduk Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

9

Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Aqabah.

57ba15cb2ccdc7b18a1d75b3a5e3a80b.png

Apakah tindakan Nabi Muhammad SAW selepas memeterai perjanjian tersebut?

10

Bagaimanakah kedudukan orang Islam yang memihak kepada Makkah dalam perjanjian

Hudaibiyah?

11

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kerajaan Islam Madinah?

I    Meluaskan wilayah Islam

II   Melaksanakan gerakan al-Riddah

III  Menubuhkan Jabatan Kehakiman

IV   Membina angkatan laut Islam

12

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh falsafah Islam pada abad ke-14.

22ae8d21ef8d470f48038d982bd61369.png

Mengapakah karya beliau menjadi rujukan di Eropah?

13
Konsep Daulat

Mengapakah konsep tersebut digunakan oleh raja-raja Melayu di Asia Tenggara setelah kedatangan Islam?

14

Bagaimanakah pertapakan Islam di Melaka menyebabkan pengislaman wilayah Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri?

15

Rajah 2 menunjukkan pengubahsuaian sistem pemerintahan berasaskan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-15 Masihi.

4bf45259b08b870855a16108147f1ce2.png

Mengapakah pengubahsuaian tersebut berlaku?

16

Bagaimanakah Syahbandar membantu perkembangan Islam di Asia Tenggara pada abad ke-16?

17

Mengapakah golongan petani di Eropah mencari perlindungan dari golongan Baron pada Zaman Gelap?

18

Rajah 3 menunjukkan sumber tenaga di Eropah sebelum abad ke-18.

2a35493d7b2da1dcd171b1e5f13971ba.png

Apakah sumber tenaga yang digunakan selepas abad ke-18 di Eropah?

19

Pada abad ke-19, British telah memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan sistem Barat di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengapakah British memperkenalkan undang-undang tanah tersebut?

20

Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.

6e33f7eda8ef011e4eeda7c87cb83fc4.png

Mengapakah mata wang tersebut digunakan di negeri-negeri Melayu tersebut?

21

Raja Mongkot dan Chulalongkorn telah memperkenalkan sistem Birokrasi Barat di Thailand.

Mengapakah sistem tersebut diperkenalkan?

22

Penjajah Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia.

Mengapakah penduduk Indonesia tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

23

Mengapakah British menggunakan nama sultan Terengganu ketika menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang dari pejuang tempatan?

24

Rajah 4 berkaitan dengan pembesar di Negeri Sembilan yang menentang British.b728c6238b657c9fd8f3b56bf9900027.png

Mengapakah mereka menentang British?

25

Kedua-dua negara berikut merupakan negara bangsa di Eropah pada abad ke-19.

  • Jerman
  • Itali

Apakah persamaan penyatuan kedua-dua negara tersebut?

26

Mengapakah Itali berjaya menewaskan Austria pada tahun 1860?

27

Apakah peranan Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam sistem pentadbiran di Terengganu?

28

Senarai berikut adalah tindakan British yang menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union.

  • Pemberian kerakyatan yang longgar
  • Dasar sama rata

Mengapakah tindakan tersebut menyebabkan orang Melayu menentang Malayan Union?

29

Rajah 5 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948.

845e4940577cbcc2e485605ad92ddaf1.png

Apakah bidang kuasa Sultan?

30

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.

1e431c09bea0789d69539327ad95cffd.png

Apakah tugas Suruhanjaya Reid?

31

Pada 27 Mei 1961, Tuanku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura.

Mengapakah beliau bertindak demikian?

32

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an agar kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dicapai tanpa pertumpahan darah?

33

Mengapakah Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia?

34

Pernyataan berikut berkaitan dengan Perkara 24 dalam Perlembagaan Malaysia.

Seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya.

Mengapakah perkara tersebut digubal dalam Perlembagaan Malaysia?

35

Pernyataan berikut berkaitan dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.

Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

Apakah hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut?

36

Undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ boleh diisytiharkan jika keselamatan

negara terancam.

Siapakah yang berkuasa mengisytiharkan undang-undang tersebut?

37

Melalui Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperkenalkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).

Apakah tujuan agensi tersebut ditubuhkan?

38

Cabaran Keenam Wawasan 2020 ialah membina masyarakat yang maju dan saintifik.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

39

Gambar 3 adalah senjata yang memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki.

7a2410223e3a6a45a10c8510015d52cb.png

Mengapakah tindakan mengebom bandar tersebut dilakukan oleh Amerika Syarikat?

40

Negara-negara Selatan atau Negara Dunia Ketiga masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer