You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM Melaka (Alor Gajah) 2015

Percubaan SPM 2015



Sejarah



Melaka (Daerah Alor Gajah)



Disediakan oleh:
Cikgu Sulaiman
24.02.2015


1

Senarai berikut merupakan bandar terancang dalam Tamadun Indus.

  • Harappa
  • Mohenjo Daro

Mengapakah masyarakat Indus berjaya membina bandar-bandar tersebut?

2

Anda hidup pada zaman tamadun Hwang Ho di China.

Apakah kategori masyarakat yang menjadi tonggak ekonomi tamadun tersebut?

3

Anda dipilih menjadi anggota Dewan Senat di Rom pada tahun 509 S.M.

Apakah peranan anda?

4

Pernyataan berikut berkaitan dengan perkembangan ajaran Confucius di China.

TarikhPeristiwaZaman
206 S.M. – 8 M.Ajaran Confucius diamalkanDinasti Han

Apakah penekanan yang diberikan oleh ajaran tersebut kepada golongan raja?

I    Pekerti yang baik

II   Berpendidikan tinggi

III  Tidak menyembelih haiwan

IV   Memelihara keharmonian rakyat

5

Senarai berikut berkaitan dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara.

  • Chih Tu
  • Srivijaya
  • Majapahit

Apakah faktor kejayaan kerajaan-kerajaan tersebut?

6

Apakah kepentingan unsur mitos dalam pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara?

7

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah dalam kehidupan mereka. Apakah kesan daripada pengamalan sistem tersebut?

8

Apakah surah yang menjadi titik tolak kepada perkembangan tamadun Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya?

9

Tokoh-tokoh berikut telah membantu Nabi Muhammad SAW semasa berhijrah ke Madinah.

  • Abdullah bin Abu Bakar
  • Abdullah bin Arqat

Apakah peranan Abdullah bin Abu Bakar?

10

Apakah langkah terawal yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW untuk membentuk negara Islam Madinah?

11

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kerajaan Islam Madinah?

I    Menubuhkan angkatan tentera laut

II   Membahagikan jajahan takluk Islam

III  Membina markas tentera di bandar utama

IV   Menyelaraskan bacaan al Quran

12

Gambar 1 adalah Ibn Battuta.

a5d1a3f79ce8a0c79cbdeca7c64af91d.png

Mengapakah karya beliau menjadi rujukan sehingga kini?

13

Rajah 1 menunjukkan teori kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara.

71f02520243533d647a7685460d9a8b8.png

Apakah persamaan ketiga-tiga teori tersebut?

14

Raja-raja Melaka menggunakan gelaran “Zillulah fil-alam” semasa memerintah.

Mengapakah mereka berbuat demikian?

15

Rajah berikut berkaitan dengan sistem pendidikan masyarakat tempatan di Tanah Melayu.

61221aab17d22734720d06aa2acccd89.png

Apakah sistem X?

16

Senarai berikut merujuk kepada undang-undang Kerajaan Melayu Melaka.

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-Undang Laut Melaka

Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?

17

Rajah 2 merujuk kepada perubahan yang berlaku di Eropah.

285ae657703482cc18b0686cdf77b35b.png

Apakah yang menjadi asas kepada Zaman Renaissance?

18

Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Tordesillas.

TahunPeristiwa
1495Portugal dan Sepanyol menandatangani Perjanjian Tordesillas

Apakah kesan perjanjian tersebut?

19

Anda seorang petani di Pahang pada abad ke-18.

Apakah syarat yang perlu anda patuhi sekiranya mahu menjalankan kegiatan pertanian?

20

Pada tahun 1920, kerajaan British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah. Mengapakah British berbuat demikian?

21

Sebelum kedatangan Perancis, setiap birokrasi diketuai oleh golongan mandarin. Bagaimanakah pemilihan golongan tersebut dilakukan?

22

British telah mengeluarkan Laporan Montagu Chelsford di Burma. Mengakakah ia ditentang oleh penduduk tempatan?

23

Pada tahun 1932, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai.

Apakah kesannya terhadap Thailand?

24

Dato’ Bahaman telah mengetuai beberapa orang pembesar tempatan menentang penguasaan British di Pahang.

Mengapakah mereka menentang British?

25

Maklumat berikut berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Kelantan.

TahunPeristiwa
1915Tpk Janggut mengetuai penentangan penduduk Kelantan terhadap British

Bagaimanakah British mengatasi penentangan tersebut?

26

Negara-negara berikut muncul di Eropah pada abad ke-19.

  • Croatia
  • Finland
  • Lithuania

Apakah yang menjadi asas kemunculan negara-negara tersebut?

27

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Prussia.

TahunPrussia
1866Mengembalikan semula wilayah Venetia kepada Itali

Mengapakah Prussia berbuat demikian?

28

Bagaimanakah langkah yang diambil oleh Otto Eduard von Bismarck untuk membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang?

29

Mengapakah tindakan British melaksanakan pentadbiran Malayan Union menimbulkan kemarahan kepada penduduk tempatan?

30

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948.

Apakah faedahnya kepada kaum Melayu?

31

Mengapakah British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu pada tahun 1951?

32

Senarai berikut adalah tokoh-tokoh yang menganggotai Suruhanjaya Reid.

  • Lord Reid
  • Sir Ivor Jennings
  • Sir William McKell

Apakah peranan mereka?

33

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan politik di Singapura.

TahunPeristiwa
1961Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura

Mengapakah kemenangan tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?

34

Pada bulan Oktoner 1962, lima buah parti politik telah bergabung dan membentuk Parti Perikatan di Sarawak.

Apakah tujuan penggabungan tersebut?

35

Encik Amir telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tentera.

Siapakah yang boleh memberikan pengampunan kepada beliau?

36

Jadual 1 menerangkan penubuhan parti politik di Sarawak sehinggga tahun 1963.

TarikhPeristiwaPemimpin
10 April 1961Penubuhan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)Stephen Kalong Ningkan

Apakah tujuan penubuhannya?

37

Rancangan Malaysia Kelima telah berlangsung dari tahun 1986 – 1990.

Apakah yang diberikan tumpuan dalam tempoh tersebut?

38

Melalui Dasar Penswastaan, kerajaan telah memindahkan perkhidmatan, perusahaan dan sektor tertentu kepada sektor swasta.

Apakah tujuan ia dilakukan?

39

Pada bulan November 1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani.

Apakah ketetapan yang dipersetujui melalui deklarasi tersebut?

40

Apakah aspek yang diberikan tumpuan oleh kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan k-society?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer