You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM MRSM 2015

5a59dbecfd9e70a37b491156fd7c41ce.png

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

PEPERIKSAAN SIJIL PENDIDIKAN MRSM 2015


SEJARAH

Kertas 1

Satu jam



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satujawapan sahaja. Hitamkanjawapan anda pada kertas jawapan objektifyang disediakan.
  4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkanjawapan yang baharu.


1

Gambar 1 menunjukkan seni bina dalam tamadun Mesopotamia.

feb28edc9b86c220b97e5a257cfadf56.png

Apakah fungsi binaan tersebut?

2

Tamadun Indus telah memberi sumbangan dalam bidang penghasilan batu bata yang bermutu tinggi.

Bagaimanakah mereka meningkatkan kualiti penghasilan bahan tersebut?

3

? [nota editor: hilang]

4

? [nota editor: hilang]

5

Maklumat berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim.

Saling bergantung antara satu sama lain

Apakah kesan hubungan tersebut kepada kerajaan agraria?

6

Rajah 1 berkaitan dengan upacara mengangkat sumpah golongan datu dalam kerajaan Srivijaya.

b4cfd5ae50d249e9eba8637da07d5ab8.png

Apakah tujuan upacara tersebut?

7

Maklumat berikut berkaitan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah S.A.W.

UmurPeristiwa
35 TahunMenyelesaikan pertelingkahan perletakan semula Hajar Aswad

Apakah ciri keperibadian yang boleh dicontohi daripada peristiwa tersebut?

8

Apakah sumbangan Al Arqam bin Abu Arqam pada peringkat awal perkembangan Islam di Makkah?

9

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku sebelum Hijrah.

TahunPeristiwa
621 MSuku Aus dan Khazraj telah mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad S.A.W di Aqabah.

Apakah isi kandungan perjanjian tersebut?

I    Meninggalkan amalan jahiliah

II   Menjanjikan keselamatan

III  Menjemput orang Islam ke Madinah

IV   Membantu perjuangan Rasullullah

10

Rajah 2 berkaitan dengan peristiwa pembukaan semula kota Makkah pada 630M.

aef90fa7211d7d671af45c77c362c61d.png

Apakah X?

11

Aktiviti intelektual berikut berlaku pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah.

  • Penyelidikan
  • Penulisan
  • Penterjemahan

Apakah sumbangan kegiatan tersebut kepada peradaban dunia?

12

Peta 1 menunjukkan wilayah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-14 hingga 17 M.

138ee58fba1d211e8e381f2b7df568a9.png

Bagaimanakah kerajaan tersebut berjaya meluaskan kuasa?

13

Mengapakah Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam menaungi beberapa negeri kecil di Sumatera Utara pada abad ke-15?

14

Senarai berikut merujuk kepada wilayah jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15?

  • Aru
  • Kampar
  • Inderagiri

Bagaimanakah Melaka memperkukuhkan kedudukan Islam di wilayah tersebut?

15

Peribahasa berikut berkaitan cara masyarakat Melayu menerapkan budaya murni dalam kehidupan.

  • Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang

Apakah nilai yang terkandung dalam peribahasa tersebut?

16

Rajah 3 menunjukkan perubahan adat istiadat pertabalan raja di Melaka.

3bcba2c7c9b3c2f3373d5890a613de1c.png

Mengapakah berlakunya perubahan tersebut?

17

Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam sejarah Eropah sekitar tahun 1350 M hingga 1600M.

  • Michelangelo
  • Raphael
  • Niccolo Machiavelli

Apakah faktor yang mendorong kejayaan mereka?

18

Monolog berikut mungkin diucapkan oleh seorang buruh kanak-kanak pada zaman Revolusi Perindustrian di Eropah.

80712be6dccf885a15f7b049925ef377.png

Apakah usaha yang dilakukan oleh Parlimen British untuk mengatasi masalah tersebut?

19

Jadual 1 menunjukkan nilai eksport getah di Tanah Melayu semasa pemerintaban British.

Tahun
Nilai
( dalam pound sterling)

1929

1930

1931

1932

50 785 000

28 208 000

13 806 000

9 077 000

Jadual 1

Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

20

Apakah langkah yang diambil oleh British untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras menjelang tahun 1930?

21

Maklumat berikut berkaitan dasar ekonomi penjajah di Asia Tenggara.

  • Sistem Tanaman Paksa
  • Sistem Polo

Apakah kesan pelaksanaan sistem terse but terhadap penduduk tempatan?

22

Jadual 2 berkaitan dengan hasil karya yang diterbitkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.

ffdd658b1eb04f261d717f74c7f39c5e.png

Apakah persamaan mesej karya tersebut?

23

Dol Said telah mengalahkan tentera British di Taboh, Naning pada tahun 1831.

Apakah faktor kejayaan beliau?

24

Gambar 3 menunjukkan tokoh gerakan Islah yang membawa pembaharuan kepada kehidupan masyarakat .

5cca78dcd9a7084765acd7076df502ba.png

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut terhadap perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu?

25

Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan tokoh yang mencadangkan konsep bangsa Malaysia pada 28 Februari 1991.

Bagaimanakah bangsa Malaysia dibentuk ?

I    Persamaan satu rumpun bangsa

II   Pemupukan semangat kenegerian

III  Penggunaan bahasa kebangsaan

IV   Pengamalan kebudayaan kebangsaan

26

Maklumat berikut merupakan dokumen historiografi Melayu.

PengarangKarya
Tun Seri LanangSulalatus Salatin

Apakah keistimewaan karya tersebut?

27

Mengapakah Sultan Zainal Abidin III menggubal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911?

28

Rajah 2 menunjukkan perubahan sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.

7b4d3746b536fa38ec00830a12d13a5d.png

Mengapakah berlaku perubahan tersebut ?

29

Selepas Perang Dunia Kedua, mengapakah penentangan rakyat Sabah terhadap penjajahan British berlaku secara perlahan?

30

Maklumat berikut merujuk kepada usaha mengadakan pakatan murni di Persekutuan Tanah Melayu.

TahunRundingan
1949Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison Committee (CLC)

Apakah kejayaan rundingan tersebut?

31

Maklumat berikut merujuk kepada keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

PartiBilangan Kerusi Yang Dimenangi
Perikatan51
PAS1

Apakah manifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?

32

Gambar 3 adalah kepada Perdana Menteri Malaysia yang kedua.

8c0267dd82372a0215b0b4bce01ef04b.png

Apakah sumbangan beliau kepada negara?

33

Senarai berikut adalah parti politik yang terdapat di Sarawak menjelang tahun 1960-an.

  • BERJASA
  • PESAKA
  • PANAS

Apakah persamaan parti politik tersebut ?

34

Gambar 4 menunjukkan reaksi pemimpin Indonesia terhadap penubuhan gagasan Malaysia.

627145252dc1108c93f74a494120ec12.png

Bagaimanakah Malaysia menangani situasi tersebut?

35

Maklumat berikut berkaitan badan perundangan di negara kita.

  • Dewan Rakyat
  • Dewan Negara

Apakah ciri persamaan kedua-dua dewan tersebut?

I    Tempoh masa berkhidmat

II   Membahaskanrang undang-undang

III  Ahlinya boleh dilantik sebagai Menteri

IV   Pemilihan ahli melalui pilihanraya

36

Gambar 5 menunjukkan Jata Negara Malaysia.

9af94bd0203fcab98914c30e4c3796f4.png

Apakah kepentingan Jata Negara kepada rakyat Malaysia?

37

Agensi berikut ditubuhkan pada tahun 1956 dalam Rancangan Malaya Pertama.

Kejayaan FELDA
1990-an2012
Meningkatkat taraf hidup penerokaFelda Global Ventures Holdings Bhd. disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia

Apakah faktor kejayaan agensi tersebut?

38

Apakah dasar yang dilaksanakan keraj aan bagi mencapai matlamat perpaduan kaum dan integrasi nasional?

39

Mengapakah Negara-Negara Selatan masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah?

40

Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan blok dunia ketika Perang Dingin.

  • Blok Kapitalis
  • Blok Komunis

Apakah ciri-ciri blok Komunis?

I    Mengamalkan sistem satu parti

II   Memiliknegarakan harta

III  Menjamin kebebasan individu

IV   Menjalankan proses pilihan raya

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer