You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM Negeri Sembilan 2015

7b6cce69087d467137f34df2a0073be6.png

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 5
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2015



SEJARAH

KERTAS 1

Satu jam



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 
  4. Jika anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.


1

Pada peringkat awal pembentukan tamadun, organisasi sosial bermula pada tahap yang paling ringkas.

Apakah tahap tersebut?

2

Maklumat berikut berkaitan dengan Tamadun Indus?

Penemuan patung wanita

Apakah kepercayaan yang dikaitkan dengan penemuan tersebut?

3

Negara berikut mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.

  • Malaysia
  • Indonesia
  • Amerika Syarikat

Apakah persamaan ketiga-tiga buah negara tersebut?

4

Gambar 1 adalah Tembok Besar China yang dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin (221 S.M. hingga 206 S.M.).

42477dc6801377f29bc4e8e61ff6c621.png

Mengapakah tembok tersebut dibina?

5

Anda sebagai pemimpin masyarakat maritim di Asia Tenggara.

Apakah usaha anda untuk memajukan negara anda?

6

Maklumat berikut berkaitan dengan warisan yang ditinggalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara.

  • Candi Borobudor
  • Bahasa Sanskrit
  • Institusi beraja

Apakah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat tersebut?

7

Rajah 1 menunjukkan peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

29a98d6139b6ce281f337ddce27afc32.png

Sebagai seorang pemimpin , bagaimanakah anda dapat mengelakkan berlakunya peperangan tersebut?

8

Mengapa Nabi Muhammad SAW digelar al-Amin?

9

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?

10

Nabi Muhammad SAW berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8 Hijrah.

Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota tersebut?

11

Antara berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kerajaan Islam Madinah?

I    Membentuk angkatan tentera laut

II   Memperkenalkan kalendar Islam

III  Membina empangan, terusan dan tali air

IV   Membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat

12

Maklumat berikut berkaitan dengan bandar-bandar utama kerajaan Islam.

BandarKerajaan Islam
CordovaBani Umaiyah
BaghdadBani Abbasiyah

Apakah persamaan bandar-bandar tersebut?

13

Sultan Mansur Syah dan Sultan Muzafar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak, Kampar, Inderagiri dan Jambi di Sumatera Utara.

Mengapakah mereka berbuat demikian?

14

Maklumat berikut berkaitan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman kemuncak kerajaan Melayu Melaka.

  • Hikayat Amir Hamzah
  • Hikayat Ali Hanafiah

Apakah peranan karya tersebut?

15

Senarai berikut ialah cerita rakyat dalam masyarakat Melayu.

  • Batu Belah Batu Bertangkup
  • Bawang Merah Bawang Putih

Apakah kebaikan cerita tersebut?

16

Bagaimanakah Syahbandar membantu perkembangan perdagangan di Melaka pada abad ke-16?

17

Pada abad ke-15, para pelaut Eropah telah mula menjalankan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke Timur.

Apakah faktor yang mendorong kegiatan tersebut?

18

Gambar 2 berkaitan mesin ciptaan John Hargreaves pada zaman Revolusi Perindustrian di Britain.

1186505fcce8cc7d623c921839beefa6.png

Apakah kegunaan mesin tersebut?

19

Jadual 1 berkaitan bilangan sekolah rendah mengikut aliran dalam sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu pada tahun 1938.

AliranSekolahPelajarGuru

Melayu

Inggeris

Cina

Tamil

788

271

996

607

56904

41917

86147

26271

2810

2350

3556

864

Jadual 1

Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut?

20

Peta 1 menunjukkan landasan kereta api yang dibina pada abad ke-20 di Tanah Melayu.

269ab937547f41fe47ae6baceaaf0132.png

Apakah kesan pembinaan landasan tersebut?

21

Negara China dan India menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-19.

Mengapakah negara tersebut menjadi sasaran?

22

Sistem birokrasi Barat dalam pentadbiran di Thailand telah diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn.

Mengapakah beliau memperkenalkan sistem tersebut?

23

Jadual 2 berkaitan dengan pembesar-pembesar tempatan yang menentang British.

PembesarKawasan Pengaruh
Dol SaidNaning
Syarif MasahorSungai Rajang
Dato’ BahamanTemerloh

Jadual 2

Mengapakah ketiga-tiga pembesar tersebut menentang British?

24

Pasukan Force 136 ditubuhkan dalam kalangan orang Melayu.

Apakah tujuan penubuhan pasukan tersebut?

25

Senarai berikut merupakan peristiwa yang berlaku di Barat pada penghujung abad ke-18 dan ke-19.

  • Revolusi Inggeris 1688
  • Revolusi Perancis 1789
  • Perang Kemerdekaan Amerika 1776

Apakah kesan peristiwa tersebut?

26

Apakah tindakan Sultan Muhammad II bagi mengukuhkan kewibawaan baginda di Kelantan?

27

Rajah 2 merujuk kepada faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

11ee670d499d2de359b858ec02fdcb27.png

Apakah X?

28

Mengapakah penyerahan Sarawak kepada British ditentang oleh penduduk tempatan?

29

Maklumat berikut berkaitan dengan Persidangan Kebangsaan.

TahunPeristiwa
Februari 1953Penubuhan Persidangan Kebangsaan

Persidangan Kebangsaan ditubuhkan pada bulan Februari 1953.

Apakah tujuan penubuhan persidangan tersebut?

30

Gambar 3 ialah tokoh yang berjasa kepada Persekutuan Tanah Melayu.

776e2549adc6477b99193c245900bc01.png

Apakah peranan beliau dalam proses untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu?

31

Dialog berikut berkaitan dengan tuntutan rakyat Sarawak dan Sabah.

Tokoh A : Kita perlu menuntut kuasa mengawal hal imigresen

Tokoh B : Kita juga perlu mengawal perkhidmatan awam

Tokoh C : Tuntutan ini perlu disegerakan

Apakah kesan dialog tersebut?

32

Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M Azahari menentang Brunei menyertai Malaysia.

Apakah alasan penentangan tersebut?

I    Menganggap penubuhan Malaysia sebagai neokolonialisme

II   Berhasrat untuk menubuhkan Persekutuan Borneo

III  Enggan berkongsi kekayaan hasil minyak

IV   Menolak sistem Raja Berperlembagaan

33

Rajah 3 merujuk kepada sistem pemerintahan negara Malaysia.

1cc4a61854b013be1fedb1258e256b06.png

Apakah ciri penting dalam pemerintahan tersebut?

34

Gambar 4 menunjukkan Jata Negara Malaysia.

eb7d85dc93010f252c5fc98421124d06.png

Apakah yang dilambangkan oleh lima bilah keris pada perisai dalam jata tersebut?

35

Pada tahun 1958, Encik Sulaiman ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil-kecilan, tetapi tidak mempunyai sumber modal yang cukup.

Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah agensi kerajaan yang boleh membantu Encik Sulaiman?

36

Rancangan Malaya Pertama bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar.

Bagaimanakah matlamat tersebut dapat dicapai?

I    Menyatukan penduduk luar bandar

II   Membuka kawasan pertanian baru

III  Menyediakan kemudahan pinjaman

IV   Menghapuskan cukai tanaman

37

Pernyataan berikut adalah cabaran keempat Wawasan 2020.

Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi cabaran tersebut?

38

Archduke Franz Ferdinand yang merupakan pewaris takhta Austria – Hungary dan isterinya telah dibunuh pada 28 Jun 1914 oleh seorang pengganas Serbia.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

39

Peta 2 menunjukkan negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

7d29fcda3c565e388ab8da68c2c9abf5.png

Apakah matlamat penubuhan ASEAN?

40

Rajah 4 menunjukkan kepentingan K- ekonomi.

2e89f823f5b7ff53882cfa61e37e8c99.png

Bagaimanakah modal intelek dapat dihasilkan?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer