You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM Johor 2015

Percubaan SPM 2015 (Johor)


Sejarah

Kertas 1


1

Mengapakah lembah sungai menjadi pilihan kepada pengasasan sesuatu tamadun?

2

Rajah 1 berkaitan Tamadun Mesir Purba.

Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba Howard Carter menemui mayat Tutankhamun II yang diselaputi emas

Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

3

Rajah 2 di bawah menunjukkan ikatan kolar kuda di Tamadun China

98134e6282128df2844f16e9d439d489.png

Apakah tujuan mereka mencipta kolar kuda ?

4

Medium jual beli yang digunakan pada Zaman Dinasti Maurya dan Gupta ialah

5

Peta 1 menunjukkan kawasan Asia Tenggara

e1b297fd0c214b15154a01aac317d020.png

Apakah gelaran terhadap Semenanjung Tanah Melayu seperti yang tercatat di dalam catatan Yunani oleh Ptolemy

6

Rajah 3 menunjukkan tanggungjawab raja di Kerajaan Awal Asia Tenggara.

5071d8afa9773384c5ebe2a874872b30.png

Apakah yang mendorong mereka untuk melakukan pekara di atas.

7

Nabi Muhammad s.a.w. sering bertahannuth di gua Hirak.

Apakah yang menyebabkan berlakunya peristiwa tersebut ?

8

Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.

Ali Bin Abu Talib

Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam ?

9

Perjanjian manakah yang telah mencetuskan hijrah dikalangan umat Islam dari Makkah ke Madinah?  

10

Apakah kepentingan khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW?

11

Mengapakah Khalifah Abu Bakar mengambil inisiatif menghimpunkan tulisan al Quran semasa di zaman pemerintahan beliau?

12

Apakah perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam bidang pendidikan?

I    Mengadakan pendidikan madrasah

II   Para pelajar diberikan gaji

III  Pakaian seragam untuk semua

IV   Membina kolej perubatan

13

Rajah 4 di bawah ialah contoh-contoh kawasan di pesisiran Sumatera Utara.

Aru

Rokan

Bagaimanakah kawasan tersebut memeluk Islam?

14

Rajah 5 di bawah menunjukkan gelaran yang dipakai oleh raja selepas kedatangan Islam

  • Khalifatul Mukminin
  • Zillulah Fil’Alam

Gelaran-gelaran di atas digunakan oleh sultan untuk menonjolkan konsep raja sebagai

15

Sultan Melaka yang berminat kepada pengajian ilmu tasawuf ialah

16

Rajah 6 di bawah berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.

  • Sebuah Lembaga
  • Jawatankuasa Kewangan

Apakah tugas badan di atas kepada perjalanan sesebuah madrasah?

17

Golongan berikut muncul di Eropah pada zaman kejatuhan Rom Barat.

  • Baron
  • Petani
  • Hamba

Apakah zaman berlakunya kemunculan golongan tersebut ?

18

Perjanjian Todersillas telah membantu Portugal dan Sepanyol meluaskan kawasan .

Apakah tujuan perjanjian tersebut kepada kuasa Portugal dan Sepanyol?

19

Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 1913 oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan.

Apakah punca sebenarnya British mengisytiharkan Tanah Simpanan Melayu?

20

British telah memperkenalkan sistem matawang untuk semua urusan harian.

Apakah kesan pengenalan sistem mata wang kepada orang Melayu?

21

Mengapakah imperialis Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia Tenggara?

22

Apakah persamaan perjuangan gerakan nasionalisme Raden Adjeng Kartini dan Pertubuhan Muhammadiyah?

23

Bagaimanakah British menguasai ekonomi penduduk tempatan di Tanah Melayu?

24

Mengapakah Kuala Berang dengah mudah ditawan oleh British ?

25
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia bermula sejak kemerdekaan dicapai pada tahun 1957 dan berterusan hingga ke hari ini.
‘Sejarah Malaysia’ 

Berdasarkan pernyataan di atas apakah syarat utama untuk merealisasikan sebuah negara dan bangsa Malaysia ?

26

Apakah konsep penting dalam pengamalan Adat Perpatih dikalangan masyarakat Melayu tradisional?

27

Antara berikut, yang manakah telah menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1946 sebagai tanda bantahan terhadap Malayan Union.

28

Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua.

  • Angkatan Pemuda Insaf(API)
  • Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
  • Barisan Tani Malaya (BATAS)

Apakah persamaan pendirian ahli pertubuhan tersebut ?

29

Maklumat berikut telah dikeluarkan oleh British kepada kakitangan kerajaan di Sarawak

  • Surat Pekeliling Bil.9
  • 338 orang kakitangan awam meletak jawatan

Mengapakah surat tersebut dikeluarkan ?

30

Gambar 1 adalah Dato Onn bin Jaafar.

33fbef20536ae38ed1ef0d90f4b038d9.png

Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu?

31

Jadual 1 di bawah berkaitan Pilihanraya 1955.

PILIHAN RAYA 1955
Parti BertandingKerusi DipertandingkanKerusi Dimenangi
Parti Perikatan5252

Kemenangan majoriti Parti Perikatan sebagaimana statistik di atas dipengaruhi oleh

32

Rajah 7 di bawah merupakan dua buah parti di Tanah Melayu yang telah memberi reaksi terhadap pembentukan Malaysia.

  • Parti Islam se-Tanah Melayu
  • Barisan Sosialis

Persamaan kedua-dua parti di atas berhubung dengan penyertaan Singapura ke dalam Malaysia ialah

33

Mengapakah Sarawak dan Sabah ingin kekal di bawah pentadbiran British pada peringkat awal cadangan pembentukan Malaysia?

34

Bagaimanakah seorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya berdasarkan Perkara 24 dan Perkara 25 Perlembagaan Malaysia ?

I    Tidak setia kepada negara

II   memiliki dua kerakyatan

III  Bersalah kerana mencuri

IV   Merosakkan harta kerajaan

35

Apakah kepentingan hubungan baik antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang termaktub di dalam pelembagaan Malaysia? (m/s 185)

36

Maklumat di atas berkaitan dengan usaha kerajaan untuk membangunkan ekonomi negara semasa Rancangan Malaysia Pertama.

  • Lembaga Penasihat Tarif
  • Akta Pelaburan tahun 1969

Apakah peranan agensi di atas?

37

Maklumat berikut merupakan gagasan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020

  • Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
  • Idea ini dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991.

Kemajuan yang ingin dicapai oleh Malaysia adalah berbeza dengan kemajuan di Barat.

Apakah perbezaannya?

38

Maklumat dibawah berkaitan Ordinan Pelajaran 1952.

7a2b8a6693ee4a41cd9ffb60340b4a50.png

Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan? (ms 213)

I    Rusuhan antara kaum

II   Kekurangan pegawai

III  Ancaman komunis

IV   Masalah kewangan

39

Mengapakah Malaysia mengamalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1980-an?

40

Jadual 2 berkaitan dengan Pertubuhan Pesidangan Islam (OIC).

PertubuhanOIC
NegaraSudan, Nigeria dan Chad

Apakah sumbangan OIC terhadap negara-negara di atas?

...


Suggest answer