You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM Kelantan 2015

208fe0765e9a3fa3e758eb6f47de9182.png


MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM)
CAWANGAN KELANTAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM
2015


SEJARAH

KERTAS 1

Masa : Satu Jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


Arahan:

  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
  2. Jawab semua soalan.
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan, iaitu A,B,C dan D.  Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
  4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.  Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

1

Mengapakah lembah sungai menjadi pusat pembentukan tamadun awal manusia?

2

Anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China. Apakah yang anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan kepada raja?

3

Tokoh berikut telah menyumbang kepada peningkatan tamadun Yunani.

  • Plato
  • Socrates
  • Aristotle

Apakah sumbangan mereka?

4

Berdasarkan Hukum Karma, seseorang penganut agama Hindu akan mencapai taraf Moksya.

Mengapa mereka berusaha mencapai tahap tersebut?

5

Jadual 1 berkaitan dengan kerajaan maritim di Asia Tenggara.

234fb9a439722809a65c9937a9b15284.png

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?

6

Pernyataan berikut menerangkan kedudukan raja dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.

Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.

Mengapakah rakyat bersikap demikian?

7

Maklumat berikut menunjukkan wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Surah al-Muddasir, ayat 1 - 7

Apakah yang diperintahkan dalam ayat tersebut?

8

Peta 1 menunjukkan kawasan pembentukan tamadun Islam.

03f8dd1e0d9496525518d7df4e453896.png

Mengapakah kemunculannya dianggap unik?

9

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep hijrah.

TokohPendapat
Orientalis BaratPenghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya ke Madinah sebagai suatu pelarian.

Apakah hujah untuk menyangkal pendapat tersebut?

10

Pemyataan berikut berkaitan dengan ucapan Nabi Muhammad s.a.w semasa peristiwa pembukaan semula kota Makkah pada 630M.

"Pergilah kamu sekalian, kamu sekarang sudah bebas"

Apakah sifat yang ditonjolkan oleh baginda Rasulullah ?

11

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.

Apakah kebaikan sistem tersebut?

12

Apakah kekuatan yang terdapat pada kumpulan Janissari dalam kerajaan Turki Uthmaniyah?

13

Gambar 1 menunjukkan batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu.

d3e93f1b9e057b8c257426a8662807d6.png

Apakah yang dibuktikan melalui penemuan tersebut?

14

Penubuhan institusi baitulmal adalah kesan daripada pengaruh Islam di Asia Tenggara.

Bagaimanakah sumber hasilnya diperolehi?

I    Zakat dan sedekah

II   Harta milik negara

III  Harta rampasan perang

IV   Cukai pendapatan individu

15

Senarai berikut merujuk kepada undang-undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional.

  • Hukum Kanun Melaka
  • Undang-Undang Perak
  • Undang-Undang Johor

Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?

16

Apakah barangan yang telah dikecualikan cukai semasa berurus niaga di pelabuhan Melaka?

17

Rajah 1 berikut merujuk kepada perubahan ekonomi yang berlaku di Eropah.

8713d26b11eadd5faa09f03591a54360.png

Apakah faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut?

18

Jadual 2 berkaitan dengan penciptaan mesin pada era Revolusi Perindustrian.

0462be5bedaeb139a7644c97e304ce60.png

Apakah kegunaan mesin tersebut?

19

Andaikan anda ingin mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal abad ke- 18.

Bagaimanakah anda menguruskannya?

20

Rajah 2 menunjukkan sistem pendidikan yang wujud semasa zaman penjajah.

6fa7a4a819ef05d63827a9d6bdaad6b3.png

Apakah implikasi daripada sistem pendidikan tersebut?

21

Dialog berikut mungkin berlaku di Eropah pada abad ke-17.

Tokoh X : Pelbagai hasil perkilangan secara besar-besaran kita keluarkan.

Tokoh Y : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara.

Tokoh Z: Bagaimana kita nak mengatasinya, tuan?

Apakah tindakan yang akan diambil oleh mereka?

22

Jadual 3 merujuk kepada tokoh perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara.

4051473abaeb9c586621a1464d6612de.png

Apakah persamaan perjuangan mereka?

23

Andaikan anda seorang tokoh berpengaruh di Kuala Telemong,Terengganu semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat.

Apakah faktor penentangan anda terhadap penjajah?

I    Hilang kawasan pegangan

II   Pengenalan sistem cukai

III  Undang-undang tanah yang ketat

IV   Campur tangan dalam adat perhambaan

24

Senarai berikut adalah novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

  • Keris Melaka
  • Anak Mat Lela Gila
  • Putera Gunung Tahan

Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

25

Gambar 2 menunjukkan antara alat kebesaran diraja pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

29b5e7ee6ee4aa112a32dd82f1e3fe74.png

Apakah kepentingan alat tersebut?

26

Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.

  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (1895)
  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (1911)

Mengapakah undang-undang tersebut digubal?

27

Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?

28

Maklumat berikut berkaitan dengan pergerakan politik di Sarawak.

ba3cff1b5f9b1466ae8c13c767ed4258.png

Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak?

29

Tokoh berikut memberi sumbangan dalam proses pembinaan negara dan bangsa.

  • Dato' Onn Ja'afar
  • Dato' E.E.C. Thuraisingam
  • Dr. Lee Tiang Keng

Apakah sumbangan mereka?

30

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 sebagai persediaan ke arah kemerdekaan.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

31

Gambar 3 adalah manuskrip yang menjadi manifestasi kepada perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

41e80bf326394bab5bf845792a1f5c53.png

Apakah kepentingannya kepada masyarakat Tanah Melayu?

32

Maklumat berikut berkaitan dengan reaksi Indonesia terhadap pembentukan gagasan Malaysia.

TarikhPeristiwa
20 Januari 1963Indonesia melancarkan Dasar Konfrontasi ke atas Malaysia

Bagaimanakah kempen penentangan tersebut dilaksanakan?

33

Apakah intipati yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 26 Ogos 1963?

I    Kebebasan asasi

II   Perwakilan ke parlimen

III  Kuasa hal ehwal imigresen

IV   Pemberian taraf warganegaraan

34

Rajah 3 merujuk pada sistem pemerintahan negara Malaysia.

e6e07100429a5f5809899c74209337a1.png

Apakah ciri penting dalam pemerintahan tersebut?

35

Encik Azman bertugas sebagai seorang doktor dalam perkhidmatan kerajaan.

Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk

36

Gambar 4 adalah jata negara yang menjadi kebanggaan bangsa dan negara Malaysia.

48d004a2668cad5b4d4c9bf1fa2dc790.png

Rakyat Malaysia mesti berbangga dengannya kerana ia adalah lambang

37

Agensi berikut ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama.

5eaefab6af975e3033090c827cb11a30.png

Apakah matlamat penubuhan agensi tersebut?

38

Rajah 4 berkaitan dengan gagasan menjadikan negara Malaysia maju menjelang tahun 2020.

e2f8a57af5916f74aebb53f362e66850.png

Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran tersebut?

39

Peta 2 menunjukkan negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara.

6605b01faff5cfbaad2541a36b8ef159.png

Apakah matlamat penubuhannya?

40

Senarai berikut berkaitan dengan penyertaaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

  • Komanwel
  • Negara-Negara Selatan
  • Pertubuhan Persidangan Islam

Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan tersebut?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer