You need to login before answering these questions


Sejarah (History) K1 Percubaan SPM BK1 Terengganu 2015

BAHAN KECEMERLANGAN SPM 2015


BK1


SEJARAH

KERTAS 1




NAMA:____________

KELAS: ____________



DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU




BAHAN KECEMERLANGAN 1

(TOV2015) 1249/1

SEJARAH SPM

Kertas 1

Februari

1 jam


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


  1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
  2. Jawab semua soalan
  3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu, A, B, C don D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

1

Apakah kesan daripada tindakan berikut kepada masyarakat Mesopotamia?

Orang Sumeria telah menebusguna tanah dan membina sistem pengairan di Mesopotamia bagi tujuan pertanian
2

Apakah kesan kemajuan ilmu astronomi dan matematik kepada masyarakat Mesir Purba?

3

Masyarakat Indus telah menjalankan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia.

Apakah bukti arkeologi yang menyokong pendapat tersebut?

4

Bagaimanakah falsafah legalisme yang diamalkan dalam tamadun China dapat membentuk masyarakat yang berdisiplin?

5

Sukan Olimpik diperkenalkan pada zaman Yunani iaitu pada tahun 776 S.M.

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

6

Apakah sumbangan kedua-dua tokoh di bawah kepada perkembangan tamadun masing-masing?

TamadunTokoh
Tamadun YunaniAlexander the Great
Tamadun RomAugustus Caesar
7

Bagaimanakah Maharaja Asoka memastikan rakyat mengetahui dan mematuhi undang-undang semasa pemerintahannya?

8

Pada zaman pemerintahan Raja lndravannan, kerajaan Angkor telah membina sistem pengairan yang mampu mengairi kawasan seluas 12.5 juta ekar.

Apakah kesan pembinaan tersebut?

9

Senarai berikut merujuk kepada kerajaan maritim yang terdapat dalam dalam tamadun awal di Asia Tenggara.

  • Kedah Tua
  • Srivijaya

Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?

10

Konsep di bawah adalah kesan daripada pengaruh Hindu Buddha.

  • Dewa-raja
  • Orde kosmos

Apakab kepentingan konsep di atas terhadap pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara?

11

Maklumat berikut berkaitan dengan perkataan yang telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu hari ini.

  • Dukkha
  • Samsara
  • Phala

Perkataan tersebut berkaitan dengan pengaruh bahasa

12

Maklumat berikut berkaitan dengan amalan masyarakat pada zaman Jahiliah.

  • Mementingkan suku kaum
  • Mengamalkan sistem kabilah
  • Mengamalkan hidup berpindah-randah

Apakah kesan daripada amalan di atas?

13

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu kedua iaitu Surah al-Muddasir, ayat 1 hingga 7.

Apakah kepentingan surah tersebut?

14

Mengapakah Empangan Maarib di Sabak, Tanah Arab mengalami keruntuhan?

15

Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi Muhammad SAW dalam Perjanjian Aqabah Pertama?

I    Beriman kepada Allah dan Rasul

II   Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya

III  Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy

IV   Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah

16

Mengapakah penduduk Madinah menjemput Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah?

17

Mengapakah Nabi Muhammad SAW membina masjid al-Nabawi sebaik sahaja baginda tiba di Madinah?

18

Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan berjaya meluaskan wilayah Islam?

19

lnstitusi berikut memainkan peranan penting semasa pemerintahan khalifah Harun al-Rashid

Baitulhikmah

Apakah peranannya?

20

Maklumat di bawah berkaitan dengan cara penyebaran Islam ke Eropah.

Maharaja John VI Cantacuzens menjalinkan perjanjian dengan Orhan dari kerajaan Turki Uthmaniyah

Mengapakah Maharaja berbuat sedemikian?

21

Apakah bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari China?

22

Senarai berikut adalah tentang tokoh Islam terkemuka di Acheh

  • Hamzah al-Fansuri
  • Syeikh Syamsudin al-Sumaterani
  • Syeikh Nurudin al-Raniri

Apakah tumpuan bidang karya mereka?

23

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan sastera di Asia Tenggara

Fungsi sastera telah berubah, iaitu dari tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.

Mengapakah berlaku keadaan seperti di atas?

24

Antara yang berikut, yang manakah prinsip Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan?

25

Maklumat berikut merupakan cerita lisan dalam masyarakat Melayu tradisional

Anjing dengan bayang-bayang

Apakah nilai moral dalam cerita tersebut?

26

Antara berikut yang manakah menunjukkan ciri-ciri sistem madrasah sebagai sistem pendidikan formal di Tanah Melayu?

I    Mempunyai sukatan pelajaran

II   Mempunyai batasan waktu

III  Dilaksanakan secara kumpulan

IV   Dilaksanakan secara kelas

27

Bagi tujuan melicinkan pentadbiran di pelabuhan, kerajaan Melaka telah mewujudkan jawatan

28

Mengapakah muncul golongan baron pada Zaman Gelap di Eropah?

29

Mengapakah orang Eropah tidak dapat berdagang ke Timur Jauh pada Zaman Pertengahan?

30

Apakah kepentingan perjanjian di bawah?

Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494
31

Mengapakah tuan tanah mendesak Parlimen Inggeris meluluskan Akta Pemagaran Tanah?

32

Maklumat berikut berkaitan penguasaan pemodal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

b98c2bb70b5970c65384b2a6abc4bb4c.png

Mengapakah keadaan itu berlaku?

33

Apakah cara-cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu?

I    Sistem pengambilan rumah kongsi

Il   Sistem buruh bebas

Ill  Sistem kontrak

IV   Sistem pengambilan kakitangan

34

Mengapakah pihak British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917?

35

Apakah kesan sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu pada zaman penjajah?

36

Negara-negara di Asia Tenggara merasakan mereka mampu mengalahkan kuasa Barat.

Perasaan ini muncul kesan daripada

37

Apakah peranan utama karya di bawah kepada rnasyarakat di Asia Tenggara?

91227bcb1dacec6c02ba4b8d7138c903.png

38

Apakah tujuan Belanda memberikan pendidikan hanya kepada anak golongan priyayi di Indonesia?

39

Sebelum kedatangan Perancis, golongan Mandarin mengetuai setiap birokrasi di Vietnam.

Bagaimanakah golongan tersebut dilantik?

40

Apakah kesan daripada Revolusi Thai yang berlaku pada tahun 1932?

KERTAS SOALAN TAMAT


Suggest answer